Sunday, October 3, 2010

Kemana hilangnya roh haji?








Kalimah Talbiah sayup kedengaran apabila ada kursus Haji dilaksanakan di UTM baru - baru ini. Juga apabila mendegar bab haji, maka Tabung Haji yang biasa main peranan dalam perihal ibadah ini.Cuma terdetik di hati, kemana hilangnya roh haji yang sebenarnya?iaitu sebagai egen penyatuan.


Kalimah ‘talbiyah’ ; ‘LabbaikAllahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaik, innalhamda, wani’mata, laka wal mulk, laa syariika lak’.

(Ya Allah, hari ini kami datang kepadaMu, menyahut panggilanMu, Kami datang kepadaMu. Segala puji bagiMu dan nikmatMu, dan Engkau pemilik kerajaan ini. Tiada syirik bagiMu)

“Talbiyyah” bukan hanya pernyataan lisan. Ianya komitmen bulat kepada Allah, menolak segala kuasa dunia yang menghalang perjalanan seorang insan menuju Allah.

Menjadikan Islam hanya dalam bentuk adat resam (ritual) telah menyebabkan kedudukan kaum Muslimin sangat lemah. Dengan menumpukan kepada peribadatan ritual telah menyebabkan umat Islam merasa bahawa itu sahajalah yang perlu mereka lakukan.



Ibadah Haji adalah jauh lebih kuat perhubungannya dengan Allah S.W.T. Allah sendiri telah menentukan perbuatan dan perkataan serta masa dan tempat yang perlu dilakukan ketika menunaikan Haji. Ia adalah jemputan khas dari Allah kepada hambaNya agar mengembara menuju ke RumahNya.

Haji juga adalah perhimpunan tahunan umat Islam. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesatuan ummah. Ketika menunaikan Haji seharusnya ahli jamaah Haji saling mengenali dan mengambil tahu antara satu sama lain . Kehadhiran umat Islam dari seluruh pelusuk dunia tiada tandingnya dengan mana-mana perhimpunan dunia. Sayangnya ketika umat Islam selesai menunaikan segala rukun Haji , nyata sekali ramai yang tidak mengambil tahu nasib dan keadaan saudara-saudaranya yang tertindas di negara yang lain. Haji merupakan kesempatan yang terbaik untuk umat berbincang mengenai nasib dan penderitaan saudara-saudaranya. Namun ternyata ini tidak berlaku.


Kesengsaraan penduduk Palestin dan pendudukan al-Quds yang berterusan oleh Zionis, jenayah kejam di Iraq, Afrghanistan, Kashmir dan Chechnya, dan kezaliman lain di mana-mana sahaja, adalah alasan yang kuat kenapa menjadikan Haji sebagai pertemuan untuk menggerakkan umat Islam menentang musuh Islam dan ummah.

Mekah adalah enjin, Al-Quran dan Sunnah adalah cetusan api, dan umat Islam yang menunaikan haji merupakan piston yang mencetuskan api dalam bentuk gerakan menentang kuasa rasuah, penindasan, penjajahan, zionisme, materialisme, militarisme, korporatisme, atheisme dan segala jenayah terancang yang berleluasa sekarang ini.

Adakah umat Islam sanggup untuk mengubah semua ini atau adakah mereka mahu terus berpuas hati dengan tidak mempedulikan aspek Haji yang paling penting ini.


Harapanku semoga para kursus haji mendapat ROH HAJI yang sebenarnya dan bukannya title Pak haji yang dikejar dan dicari semata-mata...

2 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam kunjungan...

Pertama kali dtg sini dan blog yg baik..
ana setuju dgn entri ni..harus kita usaha dptkan hakikat sebenar Roh Haji itu sendiri, melihat lebih jauh kedepan akan nasib2 umat islam yg lain..bukan utk diri sendiri semata-mata..Insya'ALLAH peringatan terlebih dahulu bt diri sendiri..Jazakallah atas entri ni, dpt m'buka hati dan minda selaku pembaca...

Mohamad Syazwan said...

wsalam...Insya'Allah ..semoga sama2x beroleh manfaat