Monday, December 1, 2008

Ancaman Internet terhadap Islam


Pernahkah anda bertemu dengan laman2 web berikut:

1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.thespiritofislam.com

Nama-nama web berkenaan kelihatan seolah-olah web Islam, tetapi sebenarnya ia adalah web Kristian yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan tentang Islam. Ada pendapat yg mengatakan bahawa web-web berkenaan ditaja oleh Yahudi...

Sunday, November 30, 2008

REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA



Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.

Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :
· Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.
· Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.
· Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.

Saidina Umar menyebut "Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah". Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.

Thursday, November 27, 2008

Seorang Mujahid Memburu Syahid


Ana baru selesai membaca novel sejarah islam
bertajuk :Khalid Memburu Shahid
pengarang:Abdul Latip Talip

apa yang menarik tentang buku ini adalah baru ana tahu peristiwa disebalik pemecatan khalid al-walid dan bagaiman penyesalan Saidina Umar yang baru sahaja mengantikan Saidina Abu Bakar terus memecat Pedang Allah tersebut .

Tentu ramai yang tertanya-tanya sebab apa Khalid Al-Walid yang bergelar Pedang Allah tidak gugur shahid meskipun telah menyertai hampir 100 jenis peperangan dan satiap kali berperang pasti memperoleh kemenangan yang menakjubkan. Ini adalah kerana Rasullullah s.a.w pernah mendoakan supaya khalid sentiasa memperoleh kemenangan .Sebab mengapa Khalid tidak dapat gugur shahid adalah kerana nabi emngelarnya Pedang Allah, maka sudah pastilah mustahil untuk khalid tewas kepada golongan kuffar.

Selain itu Khalid juga memiliki tahap keyakinan yang tinggi terhadap qada' dan qadar Allah s.w.t. Ini terbukti apabila seorang lelaki tua datang berbincang sesuatu dengan Khalid dan secara tidak sengaja botol racun terjatuh dari lelaki tua terbabit .Selepas bersoal jawab Khalid meminta racun dari lelaki tua itu dan berdoa iaitu "racun ini tidak dapat memberi kematian jika belum tiba ajal aku" dan meminumnya. Ramai panglima kanan Khalid cuba menghalang kerana khuatir keselamatan Khalid namun tidak diendah oleh Khalid. Anehnya Khalid masih hidup.Begitulah tahap keyakinan khalid yang begitu tinggi jika hendak dibandingkan dengan tahap iman kita terhadap Allah s.w.t.

Dalam buku ini juga memuatkan kisah 3 orang sahabat yang sanggup kehausan dan akhirnya ketiga-tiga mereka gugur shahid . Kita hanya tahu 3 orang sahabat ini tapi siapakah mereka? mereka adalah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisham dan Ayas bin Abu Rabiah .

Akhirnya Khalid yang bergelar Pedang Allah itu hanya meninggal diatas katil pada usia 58 tahun.Sekiranya khalid masih hidup Saidina Umar al -Khattab ingin melantik Khalid sebagai Ketua Panglima Islam semula bagi menebus kesilapan memecat Khalid dengan digantikan oleh Abdullah bin al-Jarrah semasa peperangan YARMUK.
sekian ,TAKBIR!

aqidah

Kapitalisme Yang Gagal


Kapitalis menggunakan Fiat money (mata wang kertas) adalah wang kertas yang secara legal diakui pemerintah melalui perintah sebagai wang resmi, tapi tidak disandarkan kepada logam seperti emas dan perak.



Wang kertas itulah yang sekarang digunakan oleh negara-negara kapitalis seperti Amerika Serikat. Sejak berakhirnya sistem Bretton Woods yang mengaitkan dolar dengan emas (1 ounce/28,35 gram emas = 35 dolar AS) pada tahun 1970-an, dolar AS tidak disandar lagi dengan emas dan dapat berlaku hanya kerana kepercayaan (trust) orang pada dolar. Seiring dengan dominasi kapitalisme AS, mata wang dolar kini menjadi salah satu mata wang kuat (hard currency) dunia yang digunakan sebagai standard nilai dan alat pembayaran dalam perdagangan internasional.



Sistem wang kertas ini merupakan salah satu akar kerapuhan kapitalisme. Betapa tidak, sebab bila dibandingkan dengan mata wang Islam (dinar dan dirham), wang kertas sesungguhnya mempunyai kelemahan mendasar, antara lain selalu terkena inflasi jangka panjang (Hamidi, 2007). Di samping itu wang kertas jauh dari nilai keadilan (fairness) lantaran nilai intrinsiknya tidak sama dengan nilai nominalnya.



Mengenai inflasi tetap, perhatikan ilustrasi berikut. Misalan Anda meminjamkan wang kepada teman Anda tahun ini sebesar RM 100 juta. Teman Anda akan mengembalikan sejumlah RM 100 juta juga tapi 10 tahun lagi. Samakah nilai RM 100 juta, dengan RM 100 juta untuk 10 tahun lagi? Jelas tidak sama, kerana wang kertas ini akan mengalami depresiasi (penurunan nilai) kerana inflasi tetap. Inilah kelemahan mendasar wang kertas.



Mata wang Islam (dinar dan dirham) berbeza dengan mata wang kapitalisme. Dinar dan dirham terbukti dalam sejarah sangat kecil sekali inflasinya. Di masa Rasulullah SAW dengan wang 1 dinar (4,25 gram emas) orang dapat membeli seekor kambing, dan dengan wang 1 dirham (2,975 gram perak) dapat dibeli seekor ayam. Pada masa sekarang ini di tahun 2007, dengan wang yang senilai 1 dinar orang masih dapat membeli seekor kambing. Dengan wang senilai 1 dirham orang sekarang masih dapat membeli seekor ayam. Luar biasa, bukan?



Momentum ini seharusnya menyadarkan kita, bahwa hanya Islamlah satu-satunya ideologi yang bisa menyelamatkan dunia. Sistem Islam yang di turunkan Allah merupakan satu-satunya deen yang di redhoi dan bersesuaian dengan keperluan manusia sejagat. Sesuai dengan banyak firman Allah, yang mengatakan bahwa ¡deen yang di redhoi adalah Islam¢, ¡rahmatan lil alamin¢ dan banyak lagi.



Ayuh, runtuhkan Jahiliyyah, tegakkan syariat Islam
ana baru belajar engeneering ekonomi sem lepas, jadi ana yang faqir ini tahulah seba sedikit.

Sunday, November 23, 2008

PENGKID DAN GAY


SEBUAH MANIFESTASI
DARI KEGAGALAN SISTEM MANUSIA

Akhir - akhir negara gempar dengan budaya songsang yang sangat menjijikkan ini . Biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai hukum terhadap kedudukan golongan ini , namun pendekatan menyata hukum tidak memberi kesan kepada mereka .

Selain dakwah yang telah giat dilakukan oleh pelbagai pihak seperti badan - badan atau agensi kerajaan yang terlibat ( jabatan agama ) , Ngo - Ngo Islam dan parti - parti politik , saya merasakan perlunya perlaksanaan undang - undang syariat dikuat kuasakan.

Jenayah sosial dan akhlak ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kelak ia akan membinasakan masa depan agama , bangsa dan negara .


Tanpa penguatkuasaan syariah , segala usaha dakwah yang selama ini telah digerakkan oleh pelbagai pihak akan menjadi sia - sia . Manakan tidak , jika satu satu pihak mengajak ke arah kebaikan sementara satu pihak lain pula menganjurkan aktiviti maksiat malah menggalakkannya sementara pihak berkuasa pula mendiamkan diri tanpa menggunakan kuasa untuk mencegah .

Ingatlah , berleluasanya budaya kotor lagi hina inilah yang menyebabkan ummat terdahulu , bangsa , tamadun dan generasi mereka dihancurkan oleh Allah swt dengan azaz yang sangat dahsyat .

Selamatkanlah tanahair kita dan bersihnya dari segala maksiat dan mungkar sementara kita benar - benar belum terlambat .

Kepada sahabat seperjuangan , ayuh kita lipatkan gandakan usaha kita untuk memerangi maksiat dan mungkar ini serta perhebatkan usaha dakwah melepasi sempadan masjid surau sehingga kita mampu mendekati golongan songsang ini lantas membimbing mereka ke arah kebaikan .

Saya turut mengharapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri agar memberikan perhatian serius terhadap perkembangan budaya songsang yang semakin marak dan galak mutaakhir ini .

Gunakanlah segala kemudahan dan kuasa serta mandat yang diberi oleh rakyat untuk mengambil langkah - langkah pro aktif dan berkesan guna membimbing mereka ke jalan yang benar .

Jangan kita asyik dengan kuasa politik dan mengabaikan aspek pembinaan aqidah , syaksiyah dan fikrah rakyat agar mereka tidak derhaka kepada Allah swt , kerana kelak rosak binasa negeri dan negara kita dek azab Allah swt yang Maha Dahsyat .


Tidak dinafikan bahawa mengupayakan gerakkerja menangani golongan Pengkid dan gay ini memerlukan program yang besar dan ia memerlukan kos . Insyaallah , sekali lagi saya tegaskan bahawa DPP Pusat sedia memberikan tenaga dengan mengembelingkan seluruh kekuatannya dipelbagai peringkat untuk tujuan dakwah dan tarbiyah ini .

AIDS HARAKI


Ana ada membaca artikel tentang amaran Dr. Fathi Yakan tentang bahayanya aids dalam gerakan islam
Terdapat 7 perkara yang menyebabkan sesuatu gerakan islam terjebak kedalam kancah aids iaitu:

1)Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu.

2)Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah.

3)Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum.

4)Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran.

5)Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah

6)Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim.

7)Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah.


rasa-rasanya gerakan yang kita intimak dah kene jangkitan ke belum???.kalau belum ayuhlah kita selamatkannya..TAKBIR!

MAHASISWA PEMBELA NEGARA


“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan manusia”
Noordin Razak

Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup. Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.

Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969. Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.

Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya. Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.

JAKSON PELUK ISLAM

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

Tuesday, November 11, 2008

Imam Syafie Ditangkap Dan Dirantai


Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.” Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie. Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Saturday, September 27, 2008

wahai orang beriman! hendaklah kamu bersama-sama islam ketika islam diatas n ketika islam diatas kerana hidup ini tidak lain hanya tipu daya syaitan semata-mata