Sunday, November 30, 2008
REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA
Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.
Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :
· Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.
· Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.
· Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.
Saidina Umar menyebut "Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah". Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang benar dunia sekarang di serang oleh penyakit islamophobia ini semua kerana para penyebah syaitan tak habis habis meyebarkan berita palsu dan pembohongan tentang islam di tv radio mahupun di internet bagi yang tidak kuat ilmu agamanya pasti akan terpedaya
Post a Comment