Buat kali kedua memijak tanah Kemboja, inilah pertama kali saya dapat meneroka pelusuk pedalaman yg sebelum ini hanya didengar dan dilihat dalam tv. Keindahan pemandangan anugerah Ilahi yang menusuk dalam sanubari insan ini.
Baru sehari di Siem Reap, Kemboja kami terus bergerak meneruskan misi kemanusiaan ke Tasik Tonle Sap tanpa seminit pon berehat hatta keletihan perjalanan dari UTM,Skudai - KLIA - SIEM REAP AIRPORT. Antara Malaysia dan Kemboja 2 tempat yang dicipta Allah tetapi keadaannya teramat jauh berbeza.
Perjalanan dari Siem Reap ke Tasik Tonle Sap hanyalah tanah pamah. Di kiri-kanan sawah terbentang luas tapi rakyat masih kebuluran. Jalan dipenuhi debu kuning dan suhunya panas. Di sepanjang jalan akan kelihatan bas, lori dan motor yg diubahsuai jadi gerabak yang sendat dengan penumpang. Bunyi horn kenderaan tidak putus2. Topeng muka tidak boleh terlepas bagi mengelak debu masuk ke hidung. Sepanjang jalan rumah orang miskin berderetan dengan keadaan yang sangat daif, lebih daif dari kandang ayam orang kampung Malaysia.
Untuk sampai ke kampung air di Tonle Sap juga naik bot tetapi bot kita akan diikuti oleh bot2 kecil milik penjaja yang menggunakan kanak2 kecil yang melompat dari satu bot ke satu bot yang sedang bergerak laju untuk memujuk pengunjung membeli barang mereka. Hasilnya entah berapa sen sehari.
Tingkap2 rumah dihiasi indah dengan bunga2. Rumah2 di Tonle Sap hanya sampan yang terapung2 mengikut arus, Tiada apa2 hiasan kecuali wajah syahdu penghuni yang hidup penuh keperitan.
Kampung air di Tonle Sap hanyalah kampung nelayan miskin yang hiburannya hanya deru gelombang dari tasik. Pelancong yang datang hanyalah mereka yang ingin menyaksikan sendiri penderitaan mereka yang mungkin hanya dapat makan nasi sekali dalam 2 hari.
Cuma….. di Tasik Tonle Sap ada azan berkumandang dari masjid terapung walaupun penduduk Islam hanyalah minoriti kecil.
Persoalanku terjawab disini kerana sepanjang usaha mengumpul dana sumbangan di Malaysia, rata-rata mempertikaikan misi ini, ada yang mengatakan buat apa sibuk hendak buat program dekat Kemboja , dekat Malaysia pon ada orang susah jugak? akhirnya al- fakir ini telah dapat jua menitipkan jawapannya di Tonle Sap, Alhamdulillah. Jawapannya adalah walaupun kesusahan menghimpit minoriti muslim di Kemboja, aku berasa gembira apabila azan berkumandang dan penduduk muslim sanggup menaiki sampan unutk ke "Masjid Terapung" mereka semata-mata mahu solat BERJEMAAH, berbeza dengan suasana di Malaysia. Yang paling penting persolanku terjawab.Ini hanyalah pendedahan kecil tentang istiqamahnya muslim Kemboja di negara mereka yang majoriti penduduk menganut Buddha.
Subhanallah…..maha suci Allah yang mencipta semua ini untuk dijadikan i’tibar buat mendekatkan diri padaNya.
No comments:
Post a Comment