Wednesday, September 15, 2010

Raya tanpa DODOL ibarat Raya siBudak kecil tanpa Angpau raYa!!!


Dodol tidak asing bagi rakyat Malaysia. Namun untuk menyediakan dodol merupakan satu usaha yang berat justeru, lazimnya beberapa keluarga akan bergotong royong untuk menyediakan makanan tradisional ini, terutamanya di musim perayaan seperti Hari Raya atau majlis perkahwinan.Masa kakakku kahwin, maka bertungkus lumuslah opah saya dan famili membuat dodol, almaklum anak first kahwin . Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia (tok n opah). Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol(kecuali saya=:) ). Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai.Peringkat yang paling genting atau kritikal adalah waktu peringkat akhir mengacau kerana liat dan memerlukan banyak kederat dan tenaga. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebalmanis.Kata Opah saya, kalau hendak tahu samada dodol sudah masak atau belum, gunalah daun pisang."Wah " daun pisang digunakan disebagai parameter atau ukuran menentukan darjah kemasakan dodol. Apabila dodol belum masak ia akan melekat pada daun pisang, kalau dodol sudah masak ia tidak melekat pada daun pisang.Kalau anda tidak percaya..try la sendiri.Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya AidilfitriHari Raya Haji,tapi
rayaku kali ini tanpa dodol disisi dan aku rasakan seperti raya tanpa Dodol ibarat siBudak kecil tanpa angpau RaYa!!! Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.Tapi saya tidak pernah buat dodol pisang, sebab macam pelik sahaja, tahun depan akanku azam untuk try dodol pisang...hehe....


1 comment:

Mohamad Syazwan said...

nasib baekla dapat jugak makan dodol time braye rumah kawan di Batu Kurau...Alhamdulillah.....:)