Sunday, September 19, 2010
DULU & SEKARANG
Dulu kau bertudung labuh , kini kau bertudung singkat
Dulu kau bertudung singkat, kini kau mula bertudung mengikut syariat
Sungguh iman ini bukan milik kita andai kita tidak pandai menjaganya, ia akan pergi dan terbang ibarat terbangnya Si Burung kecil meninggalkan sarangnya, juga binatang buas yang dilepaskan ikatannya.
Allah s.w.t boleh mengambil kembali iman yang diberikannya kepada kita lalu dilemparkan kepada manusia lain , kerana Allah s.w.t tidak berhajatkan kepada manusia tetapi manusialah yang sebenarnya berhajatkan kepada pencipta iaitu Allah s.w.t
Sesungguhnya:
andai orang kaya menolak Islam , maka Si miskin akan memikul Islam
andai orang merdeka menolak Islam, maka Si Hamba akan menjungjung Islam
andai si manusia menolak Islam, maka si Jin akan menyarungkan Islam
Maka seharusnya kita JANGAN TERLALU BERPUAS HATI dengan iman kita. Seandainya
kita berbuat dosa maka bertaubatlah kerana itulah sifat mukmin dan andainya kita telah melakukan maksiat dan tidak berasa apa-apa kesalahan sebaliknya berterusan melakukan dosa dan kesilapan , maka ketahuilah itu sifat orang munafik.
Ramai sudah sahabatku yang berpaling hinggakan aku turut serta hampir berpaling, untungnya aku masih mempunyai sahabat yang seandainya aku silap langkah maka aku akan disedarkan ,Alhamdulillah....
Semoga Allah s.w.t memelihara iman saya dan anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment