Bagi kita di Malaysia saya cenderung supaya kita mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor seperti berikut:
"Alhamdulillah Fatwanya:
Pada hari itu ( Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat ) kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang bermastautin dan ahli Qariyah setempat.
Adapun orang yang bukan ahli Qariyah setempat yang ingin pulang menziarahi ahli keluarganya, dizinkan dia pulang untuk tujuan berziarah dan kembali semula mereka itu untuk mendirikan solat fardu Jumaat, jika dia berkuasa berbuat demikian. Adapun jika tiada berkuasa berbuat demikian ( hadir semula ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat ) maka tiada berdosa. Tetapi adalah lebih baik jika mereka yang terlebih agar menunaikan selepas solat Aidilfitri sehingga selesai solat fardu Jumaat.
Adapun mereka yang di bolehkan meninggalkan solat Fardu Jumaat adalah beberapa golongan :
1) Kaum wanita
2) Lelaki yang bermusafir
3) Hamba
4) Lelaki yang sakit ( uzur syar"ie )Solat fardu Jumaat adalah merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Agama Islam yang perlu dijaga dan dilaksanakan. Berjamaah di dalam menunaikan solat fardu Jumaat adalah wajib fardu ain ( yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya berbuat demikian ).
Islam sentiasa memberi perhatian terhadap perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam dan melarang sama sekali wujudnya punca-punca yang mengakibatkan perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kesan negatif kepada penduduk setempat".
Sebagai kesimpulan, permasalah ini berlaku khilaf ulama. Adalah wajar dalam beramal dalam masalah khilaf yang menyentuh pandangan orang ramai agar dapat mengelak daripada berlaku perbezaan dan perselisihan yang tidak sihat. Apalagi masyarakat Islam di Malaysia masih ramai yang jahil dan sifat keterbukaan mereka masih di tahap yang rendah.
Sekian والله أعلم بالصواب
Rujukan:
1) Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
2) Raudhah at-Tolibin, Imam Nawawi.
3) Bidayatul Mujtahid: Ibnu Rusyd.
4) Fiqh Muyassar, Ahmad Isa 'Ayur.
5) Pelbagai.
No comments:
Post a Comment