Pagi tadi rancangan “Nasi Lemak kopi o” telah menjemput kartika dan ayahnya untuk di temubual mengenai kesanggupan kartika untuk di sebat di atas kesalahanya meminum arak di depan orang ramai. Kesimpulanya di sini kartika tak sabar menunggu hukuman itu kerana dia tidak mahu menangung dosanya di akhirat kelak. Walaubagaimanapun masih lagi ada pro dan kontra di sebabkan hukuman sebat minum arak ini tidak pernah di jalankan di Malaysia. Setelah pengakuan di buat, hakim syarie menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, baru-baru ini.
Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.
Kartika Terima Balasan Dunia
KOSMO: -Bapa wanita pertama yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, Kartika Sari Dewi, mengakui hatinya bagai disentap bila mengetahui anaknya itu minum arak di khalayak ramai.
Apa yang dilakukannya sangat aneh dan mungkin tidak masuk akal. Mana tidaknya, hukuman enam sebatan ke atasnya bukan sahaja diterima dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera.
Bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mesti dijalani.
Isnin lalu, Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang.
Tiada langsung hasrat untuk merayu malah kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu.
"Saya mengaku dan amat kesal dengan perbuatan itu. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi turut membawa penghinaan kepada seluruh keluarga saya.
"Saya harap hukuman itu dapat dijalankan secepat mungkin supaya ia memberi pengajaran kepada orang lain," kata ibu kepada dua anak ini di Ipoh, Perak, Rabu lalu.
Kartika bakal bergelar wanita Islam pertama dihukum sebat di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
"Tiada siapa yang paksa saya supaya meminta hukuman itu dilaksanakan segera. Ia lahir daripada rasa keinsafan yang amat mendalam," katanya.
Terlepas daripada hukuman penjara, Kartika telah melunaskan bayaran denda RM5,000 itu.
Bagaimanapun, peristiwa beliau dicekup pihak berkuasa ketika asyik meneguk minuman keras itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam.
"Semua ini ketentuan Allah. Saya dibalas kerana terleka serta memandang ringan soal agama meskipun sudah dididik supaya menjauhi arak.
"Jika saya tidak ditangkap, mungkin saya masih hanyut dalam keseronokan dunia," katanya.
Berasal dari Sungai Siput, Perak, Kartika dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai kekeluargaan serta kewajipan sebagai seorang Islam.
Bapanya, Shukarno Abdul Mutalib, 60, seorang pengusaha resort di Kuala Kangsar, adalah seorang yang kuat agama.
Mendirikan rumah tangga dengan warga Singapura, Mohamad Afendi, 35, Kartika mengakui insiden di Cherating itu adalah kali pertama dan terakhir beliau minum arak.
Ia tidak kena-mengena dengan kerjayanya sekarang iaitu model sambilan di Singapura, negara yang telah didiaminya selama 15 tahun.
Wanita ini bernasib baik kerana keluarga terutama ibu, bapa dan suaminya menerima kejadian itu dengan hati terbuka.
Dalam satu pertemuan dengan Jurnal Jumaat lalu, Shukarno tanpa berselindung mengakui hatinya bagaikan ditusuk dan direntap tatkala mengetahui anak yang diasuhnya dengan nilai-nilai keagamaan itu telah melakukan satu dosa besar.
"Luluh hati saya kerana semua sembilan anak saya termasuk Kartika diberikan ilmu agama yang sepatutnya mampu membawa mereka ke jalan yang diredai Allah.
"Namun, saya tahu dia hanya tergelincir dan menjadi kewajipan saya sebagai wali, 'membawanya pulang'.
"Anak lelaki saya, Subandrio dan seorang lagi anak perempuan bersama suaminya, juga tinggal di rumah yang sama dengan Kartika di Singapura. Pendek kata, segala pelakuan Kartika pasti diketahui adik-beradiknya yang lain," katanya.
Tidak mahu dianggap riak apatah lagi dicap sebagai individu yang mahu memperbesar-besarkan tindakan anaknya yang mahu hukuman sebat itu dipercepatkan, Shukarno percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Saya dan keluarga tidak pernah memujuk atau mendesak Kartika supaya reda dengan hukuman itu.
"Jika sepanjang dua tahun ini dia boleh turun naik mahkamah, mengapa perlu mengelak untuk menerima hukuman?
"Sebagai seorang Islam dan menjunjung kedaulatan undang-undang, Kartika tidak perlu takut menghadapinya," katanya.
Meminum arak (khamar) adalah satu kesalahan jenayah di bawah hukuman Hudud. Empat orang Mujtahid pengasas Mazhab terkemuka dalam Islam berpendapat bahawa peminum khamar dikenakan hukuman hudud.
Mazhab Syafie.
i. Imam Nawawi: dikenakan hudud ke atas peminumnya melainkan kanak-kanak, orang gila, Kafir harbi dan Zimmi [Mughni Muhtaj IV:187]. Ungkapan yang sama dalam Tahfatul, Nihayatul dan Mughni Muhtaj. Hanya dalam kitab Tahfatul Muhtaj ditambah dengnan Mu’ahad: Harbi, Muahid kerana tidak terikatnya Zimmi, maka tidak terikat kerana adami [Nihayatul Muhtaj, VIII:12].
ii. Muhazzab: Jika mereka (kafir zimmi) berpegang bahawa arak itu dibolehkan maka tidak dikenakan (hudud) ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang pada keharamannya, maka tidak boleh dikenakan (had) seperti kekufuran mereka tetapi jika mereka menzahirkan hal tersebut maka hendaklah ditakzir kerana mereka telah menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam [Muhazzab II:256].
Mazhab Hambali
i. Al-Iqna’ : Jika seseorang telah meminumnya itu merdeka, Muslim, Mukkalaf, sukarela dan tahu bahawa kalau banyak ianya memabukkan samada daripada jus anggur, atau dari lain-lain yang memabukkan, sedikit atau banyaknya, meskipun tidak memabukkan peminumnya maka hendaklah dihudud 80 kali sebatan. [Iqna’, Syariffuddin IV:267]
ii. Tidak dikenakan zimmi kerana minum arak, namun jika mabuk dikenakan hudud. Pendapatku jika mabuk dikenakan had, tapi sebaliknya tidak. [ Maharrar II : 163]
iii. Tidak dikenakan had ke atas orang kafir yang minum [ Al-gayatul Muntaha III : 313]
Mazhab Maliki
i. Malik berkata “Jika ahli kitab dijumpai minum arak atau melakukan zina, mereka dibiarkan (tanpa hukuman), kecuali mereka menzahirkannya maka mereka akan dihukum. [A-Mudawanatul Kubra 4:256]
ii. Jika orang kafir ditemui mabuk maka dibiarkan kecuali jika dizahirkan perbuatannya (minum arak secara terbuka). [ Al-Mudawwanah 4:256]
Mazhab Hanafi
i. Maka tidak akan dikenakan hukuman hudud ke atas zimmi, harbi dan musta’min kerana minum dan tidak juga kerana mabuk pada zahir riwayat [Badai’ Sanai’ 7:39]
ii. Ungkapan Al-Hakim dalam Kafi tentang minum, “Tidak ada had ke atas zimmi jika minum” [Hasyiyatul raddul Muktar 4:37]
Dari penjelasan di atas, pesalah yang disabit kesalahan kerana minum khamar hendaklah dikenakan sebatan menurut hukum hudud, bukan menurut undang-undang selainnya. Malah, sebahagian mazhab berpendapat bahawa jika orang kafir zimmi yang menzahirkan perbuatan minum arak di tempat umum hingga mabuk dikenakan hudud, apatah lagi jika orang Islam yang melakukannya. Apa lagi laksanakan segera kalau hanya sekadar kenyataan sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa kita benar-benar ingin melaksanakan syariat Islam. Jangan tangguh2 lagi..Kembalikan Hukuman Syariat Islam di Malaysia.
No comments:
Post a Comment