Akhirnya 2010 telah melabuhkan tirainya dengan (bunyi letupan bunga api + teriakan Si Peminum arak + gelak ketawa Si penzina + tangisan bayi yang dibuang di tong sampah)
Kebanyakan orang mempunyai terlampau banyak azam sampai tak tertunai-tunai.
Kebiasaanya pada malam countdown NEW YEAR jugalah ramai anak muda-mudi yang berazam menunaikan hasrat cinta masing-masing dengan dimulai dengan cumbuan dan berakhir dengan keterlanjuran.
Apabila ditegur bagaimana menyambut tahun baru secara Islam pasti ada yang melenting. Dikatakan tidak mengikut peredaran zaman. Ada yang bawa anak-anak yang masih kecil berjaga sampai tengah malam di tempat-tempat yang sesak seperti di bandar-bandar apatah lagi di Kuala Lumpur. Dari kecil lagi kita dah persembahkan semangat maksiat kepada anak-anak kecil dengan memperlihatkan kepada mereka bagaimana abang-abang dan kakak-kakak berpegangan tangan dan berpelukan.
Jadi apabila besar nanti anak kecil itu akan beranggapan bahawa sudah menjadi lumrah dan wajib untuk melihat bunga api setiap tahun baru. Pernah kita bawa anak-anak kecil kita memenuhi masjid esok atau lusa semasa ceramah tahun baru akan diadakan?
Para ibu akan kata anak kita masih kecil, mengantuk dengar ceramah dan takut menangis lapar. Para bapa pula akan kata anak kita nakal, nanti berlari-lari di dalam masjid atau nak buang air. Inilah alasan-alasan yang selalu diberikan oleh para ibu bapa. Sudahlah ibu bapa pun malas nak pergi masjid. Nak pula bagi anak ikut jejak mereka.
Bila anak dah besar dan jadi bohsia dan bohjan mulalah nak salahkan semua pihak. Sedangkan asuhan anak kecil itu datangnya dari usia muda dan dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa dahulu. Allah tak tanya orang lain dulu jika anak kita membuat dosa tetapi ibu bapa perlu menjawab pertanyaan Allah dengan bukti yang kukuh.
Takkanlah Allah nak salahkan orang lain yang mempengaruhi anak kita jika kita sendiri yang lalai mendidiknya dengan sempurna. Memang ada sesetengah anak pak imam dan pak lebai yang 'tak menjadi'. Tapi lebih ramai anak-anak dari kalangan ibu bapa yang membuat maksiat 'tak menjadi'.
2 comments:
Negara Hub Hiburan...
hub halal + hub haram = hub halam
Post a Comment