Kau berjanji kemudian kau mungkiri....
sungguh begitu cepat kau lupai,
akan sebuah janji...
Sedang dalam berjanji ..
kedua-dua belah pihak sudah merestui,
kemudian disaat akhir ,kau mula mungkiri
Aku menanti dengan persiapan rapi,
sedang segala urusan lain aku ketepi,
demi memberi laluan akan janji ini,
janji yang engkau sendiri telah ucapi,
yang aku sangka kau telah sungguhi,
namun segalanya mula terbukti,
sedang aku menanti,
kau memberitahuku maafi,
tidak dapat hadiri,
aku kebingunggan tanda kausedari,
masaku terbuang tidak dapat diganti,
aku bersedih tiada siapa yang ketahui,
tiada jua yang cuba fahami,
aku diherdik tidak henti-henti,
disangka orang aku tidak tahu urus diri,
akhirnya aku tinggal seorang diri,
menulis rasa hati,
sakit tidak terperi,
mengenangkan nasib yang dikhianati,
Aku mula persetankan rasa hati ini,
kerana aku mula sedari,
aku anak seorang askar yang gagah tidak terperi,
mustahil aku lemah seperti yang orang amati,
aku mula membina diri,
menongkah laut samudera hati,
melangkah kaki ..sedepa sehati,
Aku berazam dan bertawakal pada Ilahi,
Apa hendak jadi ,
biarkan ia terjadi,
Asalkan aku tidak menyesal dikemudian hari.
Disaat aku mula kuatkan diri,
kau mula muncul dalam sanubari,
menitipkan janji begitu rapi,
namun sudah kudugai,
mustahil untuk kurestui,
Biarkan engkau bersama rasai gundah hati ku ini,
secebis kau rasai,
semangkuk cawan kau mula tangisi,
Aku mula keraskan hati,
orang menyangka aku kayu lelaki,
lemah?tidak seperti kau sangkai,
Kerana Aku SYAZWAN jangan kau lali,
silap haribulan aku kau mula rindui,
bukan itu yang aku risaui,
Aku lebih risau akan Ilahi,
apa pandangan Ilahi pada hamba ini,
neraka atau syurga yang aku sudahi,
Lambat laun pasti ku akan tempuhi,
Mohon doa para daei,
Mohon istiqamah hamba ini,
Dijalan yang engkau janjikan jannati.........
(Mohamad Syazwan Bin Padzir)
4- Sarjana Kejuruteraan Petroleum
Universiti Teknologi Malaysia.