Sunday, March 28, 2010

KE"MALANG"AN UMAT ISLAM

Sebelum menjelangnya bulan April elok rasanya saya mengingatkan diri saya dan sahabat tentang "udang disebalik mee" sambutan April Fool...sebelum kita mem"fool"kan umat Islam silam di Sepanyol....
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Tolong jangan sambut kalau anda masih punya rasa SAYANG pada umat Islam. Sambutan ini seolah-olah anda memperbodohkan hari malang umat Islam yang tertipu akan tawaran SELAMAT kepada mereka...

THINK BEFORE YOU ACT...IF NOT YOU ARE BRAINLESS

Malam pertama bersama KEKASIH

PENGANTIN...
Untuk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Thursday, March 25, 2010

Kegunaan Kamera Handphone

Hmm...di dalam kelas, cikgu kena hati-hati dan berwaspada bila nak hukum pelajar, sebaba ada 'CCTV' macam dalam gamabr di atas. So, suka hatilah pelajar di sekolah. Tak buat kerja sekolah, buat salah dalam kelas, cikgu tak boleh nak hukum. Apa nak jadi sekarang ni.

Tuesday, March 23, 2010

DOSA zina akan berterusan walaupun sudah di IJABKABULkan

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

Sunday, March 21, 2010

We can judge a book by its cover in certain cases

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Jom Blajo Bahase Perak







A

1. Ate = (habis tu/abis tu)
= cth ayat : “ate(habis tu ) biler lagi nak bersiapnyer… .daghi tidak idok ngomben2?”

B

1. Berdamor = bersepai
= cth ayat : “miker tughun bukit tu jangan laju sesangat….ka ghang jatuh
tersembam,berdamor muker”

2. Bolen = bogel
= cth ayat : “ater ngaper mandi bolen…..kang cagut dek lintoh kang”

3. Bantei = hentam/pukul/belasah
= cth ayat : “kamu jgn buat pasei ngan dia….kang di bantei nyer kamu”
“payoh benor soalan ni…..bantei jer lah”

4. Bertohor = berlapar / menahan diri daripada makan
= cth ayat :“lakse lubok punyer pasei…aku sanggup bertohor tgh hari nieh”

5. bengkin/bengkeng/bengken = garang
= cth ayat:”ngaper bengken benor kamu ngan bebudok tu mat”

6. Bulor = luntur/lusuh
= cth ayat :”lame benor aku tak pake baju nih…..udoh bulor kalanyer”

7.Bejeghaib = mcm hampir2 melekat
= cth ayat : “ngantuk benor aku malam ni….udoh bejeghaib mata aku ni ha”
” ater ngaper dibiorkan lama….udoh bejeghaib getoh sekerap tu”

8. Biut = degil
= cth ayat : ” kamu ni aku bantei kaghang…..ng aper biut benor”

9. Bejobon2 = berlongok2
= cth ayat : “udoh seminggu baju kamu tak basuh……tu berjobon2 dalam bilik tu”

10 Besit = sebat
= cth ayat : “kamu mengkalu malam ni monteng ngaji…..aboh besit kamu”

C

1. ceghun-ceghin = badan rasa mcm nak deman
= cth ayat : “lain mcm benor paneih hari ni….badan aku dah rasa ceghun ceghin dah ni”

4GAZA

Sunday, March 14, 2010

Project Review Meetings- COCOS ISLAND-KTDI



Baju sahaja meeting COCOS ISLAND iaitu program Kolej Tun DR. Ismail yang akan berlangsung sem depan di Australia. Baget sebanyak RM140,000.00. Saya sering mengingatkan banyak kali kepada team COCOS supaya tidak berputus asa dalam mencari penajaan, dengan status sebagai pelajar macam mana hendak membahagi masa dengan terlibat pula program yang besar dan berimpak tinggi.Persoalan seringku lontarkan kepada team COCOS akan dengan sikap mereka mustahil unutk mencapai RM140,00.00. Saya memang suka melontarkan persoalan supaya setiap orang berfkir sedikit dan sedar dimana kedudukan atau keadaan program sebenarnya. Dalam jangkamasa yang singkat ini sememangnya memerlukan komitmen ahli yang tidak berbelah bahagi

Jadi pada 14/3/2010 adalah tarikh dimana Program Review Meeting dilakukan bagi COCOS TEAM
The reason is to identify where the project is deviating from the plan so corrective action can quickly be taken
Meeting focus on:
1)Current problems with the work,schedule or costs and how they should be resolved.
2)Problems likely to arise in the future.
3)Opportunity to improve projects performance

Selepas malam itu saya lihat ramai ahli yang seolah-olah mula sedar keadaan diri dan ramai juga yang berjanji unutk merubah diri dan cuba memberi komitment yang terbaik untuk COCOS.
NEVER TOO LATE FOR CHANGES

Friday, March 12, 2010

Saat Aku bermohon dan meminta

"Qadaq tidak dapat ditolak melainkan dengan doa"
[Riwayat Ahmad, Ibn Majah]

"Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku.Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa "
[Riwayat Al-Hakim]

Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa Allah akan menentukan kebaikan.
Dia menetukan dengan ada sebabnya.
Demikian juga keburukan.
Allah tetapkan untuk mengangkat keburukan itu atas sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya doa itu sendiri sebahagian daripada Qadak ketentuan Allah, kerana doa adalah penyebab kepada terangkatnya bala bencana.

Allah menentukan kebaikan dengan bersebab.
Begitu juga Allah mengangkat keburukan dan bala bencana dengan adanya sebab.

sebab dan musabab itu berlaku menurut ketentuan qadak Allah.


Saat aku memohon dan meminta sengaja kupilih sebagai tajuk kerana ini mengambarkan keadaan yang sangat-sangat kita harap untuk elakkan atau sangat-sangat diharapkan unutk berlaku.
Terkadang dalam hidup ini kita kadangkala akan berhadapan dengan musibah, tapi tidak semestinya kita tidak mampu unutk mengelaknya, Allah mengurniakan senjata yang paling hebat iaitu DOA. Apabila kita berdoa untuk meminta sesuatu ketahuilah bahawa Allah memang hendak memberi kita apa yang kita pinta kerana Allah mentakdirkan kita ,Allah mentakdirkan lidah kita untuk meminta ,Allah mentakdirkan tangan kita untuk memanjat seribu pohon permintaan....

Sememangnya Allah s.w.t hendak beri dan tunaikan permintaan hambanya

The oldest railway bridge in Malaya is the Victoria Bridge in Karai


Karai adalah sebuah pekan kecil yang terletak 20 kilometer dari Kuala Kangsar,PERAK dan berhampiran dengan Kampung Enggor iaitu tempat tinggalku. Jambatan Victoria dibina pada tahun 1897 yang mana adalah jambatan yang paling maju di pantai barat dari sudut kejuruteraan pada masa ITU.Dibuka secara rasmi pada 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Shah I and " British's Federated Malay States Residents-General Sir Frank Swettenham".


Apa yang menarik yang ingin kukongsi adalah kehidupan masyarakat Karai banyak dipengaruhi oleh jambatan ini dari dulu sampai sekarang. Jambatan ini menghubungkan Kampung Karai dengan Kampung Jamuan, iaitu kampung kedua-dua datukku tinggal. Setiap kali saya menaiki motor dan apabila bertembung dengan motor yang lain pasti salah satu pihak kena berhenti disebabkan jalan yang sempit.Secara tidak langsung boleh rapatkan hubungan dengan orang kampung. Laluan motor adalah agak licin apabila hujan kerana jalan ini diperbuat daripada besi,(basah sikit alamatnya licinlah) silap haribulan boleh tersungkur sebab jalan licin dan jatuh ke sungai terus. Ngeri betul kalau betul-betul berlaku.Terkadang kakiku seringkali terkena ekzos motor orang lain kerana ruang yang sempit.Tapi apa boleh buat, senyum jela... Tempat ini memang digemari oleh kaki pancing kerana terkenal dengan nama lubuk mat anjing .Apapun Karai memang penuh sejarah.
Jom melawat Karai!




Reason behind the oil price rise currently

Kali ini adalah perkongsian tentang kenaikan harga minyak dunia yang dijangka akan meningkat lagi minggu depan.Memandangkan saya adalah pelajar Kejuruteraan Petroleum, tergerak dan tertarik untuk sama-sama menjelaskan segala permasalahan khusunya perkara yang berkait dengan bidang yang diambil. Sememangnya kenaikan atau penurunan hagra minyak sehingga kini tiada sesiapapun yang mampu meramal dengan tepat hatta seorang pakar ekonomi sekalipun kerana harga minyak bergantung kepada suasana atau keadaan semasa dunia(current issues). Jadi sesiapa yang mampu meramal masa depan bermakna mampu meramal harga minyak dunia.
Bagi pembaca yang cakna akan keadaan harga minyak , minggu ini telah berlaku peningkatan yang drastik kerana:

1)Berlaku permintaan(oil demand) yang tinggi di bahagian hemisfera utara dunia

2)Rampasan tangki minyak Arab Saudi di Teluk Aden oleh lanun, jadi menimbulkan kebimbangan kepada pelabur.

3)Amerika Syarikat melakukan pilihanraya parlimen IRAQ pada 7 mac lalu.

Jadi isu-isu ini menyebabkan kebimbangan kepada pelabur dan mendorong mereka menarik pelaburan dan meyebabkan kenaikan harga minyak.
Seharusnya kita mengetahui keadaan yang baik boleh berubah kepada malapetaka dan sememangnya tidak boleh dielak walaupun dengan perancangan yang rapi.

Kita merancang dan Allah s.w.t juga merancang, tapi ketahuilah sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t

Thursday, March 4, 2010

Mahasiswa dan PONTENG....


Salam Maulidur Rasul..Sedar atau tidak.....dalam kita menyambut Maulidur Rasul....jarak kewafatan Rasulullah s.a.w dengan masa ..semakin hari semakin jauh. Adakah ini bermakna penganut Islam jua semakin jauh dari Rasulullah??? Harapnya tidak.Isu kali ini adalah mahasiwa dan PONTENG. Ponteng disini adalah ponteng solat JUMAAT dan bukannya ponteng kuliah walaupun perkara ini kerap dilakukan mahasiswa.Kalau kita ponteng kuliah pensyarah marah, tapi kalau ponteng JUMAAT ...Allah s.w.t yang murka. Ingatlah marah makhluk tidak sama dengan marah PENCIPTA. Kalau kita ponteng kuliah mungkin akan dimarah atau ditegur ..tapi ponteng solat JUMAAT ...azab neraka menanti. Isu ini adalah isu berat dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Sememangnya tugas sebagai MAHASISWA memang meletihkan namun ia bukan alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t. .Kalau solat seminggu sekalipun dah tak larat nak tunaikan ,apatah lagi solat wajib 5 kali sehari.Sebagaimana di sebut di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (Ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"

Ingatlah bahawa solat Jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dengan berjemaah.Cuba kita renungkan sejenak, andaikata kita telah keluar dari alam universiti. Apakah kita menyangkakan dengan segulung ijazah yang cemerlang kita akan mendapat kerja yang berkat? Tujuan hidup hanyalah mencari keredhaan ILAHI.Andaikata kita mendapat kerja yang baik dan berjawatan tinggi ,Alhamdulillah..tapi takut-takut ini hanyalah ujian Allah untuk menjauhkan kita dengan ISLAM ataupun dipanggil ISTIDRAJ.

Ayuhlah mahasiswa ...bangunlah dari lamunan yang penuh tipu daya
Semoga Allah s.w.t tidak memasukkan saya kedalam neraka dengan kata- kata dan tulisan saya kerana yang paling ku takuti ialah takut-takut dalam berdakwah ...tapi akhirnya mengundang kemurkaan Allah s.w.t
Ingatlah.....peganglah.....yakinlah.....

INGAT ALLAH S.W.T WAKTU KITA SENANG ,NESCAYA ALLAH S.W.T INGAT KITA WAKTU KITA SUSAH