Wednesday, May 27, 2009
SURAT TERBUKA BUAT JAMIL KHAIR BAHAROM.
Assalamualaikum wrh wbt.
Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,
Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihannya ke atasmu.
Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerentah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tetanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilengkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan diakhrat.
Wassalam.
Sahabat Lama;
Tuan Ibrahim Tuan Man.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Mereka itu orang yang cari makan, dia akan kenyang dan merasa aman dengan puak asobiyah, biarkan ! biar nanti ansbi tak mengakui dia sebagai umat Muhammad
salam bro..
betul ke ni surat dari Ust Tuan Ibrahim Man?
ayat 'rock' gler..tapi isinya mantop, berbisa dan ilmiah..
Post a Comment