Wednesday, May 27, 2009

Kerana Kerusi




Salam,
ana telah mendengar cerita dari seorang sahabat karib.
ceritanya adalah kerana kerusi.
Untuk pendekkan cerita ana akan perjelaskan cerita ini.
watak-watak utama
ahmad(pemilik kerusi)
ali (perampas kerusi)
atan (seorang barua)
ahmad"aku tak akan sekali-kali akan turun dari kerusi ini"
"tak akan sekali-kali"jelas ahmad
"ah aku peduli apa"kata Ali dengan bongkak
"aku yang beli kerusi ini, klau kau tak percaya ,nah ambik resit ini"Jelas Ahmad
"ini resit semua orang boleh buat"Sentak Ali
"Atan pergi rampas kerusi Ahmad"arah Ali dengan ego

Maka pergelutan pun berlaku,tarik -menarik,tolak-menolak,jerit-menjerit

Akhirnya apakan daya Ali hanyalah seorang yang lemah
Dia telah diangkat bersama dengan kerusinyer
"letakkan aku kebawah"Rayu Ahmad dengan nada hiba
"berapa kau boleh bagi aku"balas Atan
"cis,aku bukanlah seorang pengkhianat kepada kerajaan Kerusi"tempik Ahmad

Ahmad diangkat dan diletakkan disuatu tempat dengan kawalan yang rapi
Ahmad cuba keluar tapi apakan daya...pintu telahpun dikunci

Pengajaran
Buat apa Ali beria-ria nak kerusi tu daripada Ahmad sedangkan dia yang mengarahkan angkat Ahmad bersama-sama dengan kerusi...

Kerusi hanyalah simbolik kepada kekuasaan.
Tapi hakikatnya apabila kerusi dirampas tidak bermakna kuasa telah pun hilang
Kuasa terletak pada tangan rakyat kerajaan Kerusi..
Sesiapa sahaja yang duduk di kerusi ..tanpa ada resit belian tetap dianggap sebagai
tetamu(orang asing) dan tiada hak ...bila-bila masa sahaja pemilik boleh menghalaunya pergi...

Jadi kepada sesiapa yang kerusinya telah dirampas..janganlah sedih kerana hakikatnya kuasa tetap ditangan anda..
kuasa anda adalah rakyat yang masih punya akal untuk berfikir secara waras...
Hanya 'orang gila' sahaja akan menyokong 'orang gila'

Bersabarlah Pemilik Kerusi
Walaupun anda kalah tetapi anda sebenarnya menang
teori politik ini dipanggil
"Kalah dalam Kemenangan"
Teori ini sememangnya diakui dan Ditakuti oleh musuh
Kerana teori ini ibarat bom jangka
Musuh yang duduk dikerusi ,sentiasa berasa gusar dan tidak senang
kerana takutkan teori ini.
Dari segi strategik jangka panjang ..Pemilik kerusi boleh rampas kuasa dalam masa terdekat...apabila bom telah meletup...segala tubuh badan musuh telahpun bersepai.
Dengan mudah pemilik kerusi dapat merampas kembali kerusinya

JANGAN GUSAR , JANGAN TAKUT
ALLAH S.W.T SENTIASA MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI

No comments: