Thursday, April 23, 2009
“Make A Difference On Someone Else’s Life Today”
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Cacamarba! Haru-biru! Keliru! Celaru! Mungkin inilah antara sebaik-baik kata bagi menggambarkan senario hodoh dan politik serba mungkin Malaysia hari ini. Saya sesungguhnya berminat dengan politik dan percaya betapa “politik itu baik, akan tetapi ramai ahli politik yang kurang baik.” Ramai yang berpolitik secara jujur, namun tidak kurang juga yang mengamalkan politik kemunafikan. Saya sentiasa berpolitik (dalam maknanya yang luas dan luwes) meskipun secara zahir tidak di atas pentas parti politik. Sebagai rakyat yang baik di dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan, saya pastinya mempunyai pendirian politik tertentu tetapi buat masa ini saya lebih berminat menumpukan pada usaha dakwah berbanding menekuni silat siasah secara langsung. Apa yang pasti, saya mengimpikan sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”!
[Definisi Politik: Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkahlaku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama dan institusi lain. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan, di samping turut boleh dilihat dari sudut pandang yang berbeza antaranya:
* politik adalah usaha yang ditempuh oleh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama
* politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara
* politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di dalam masyarakat
* politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik.]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment