Thursday, April 23, 2009

Monyet dan Ketuanya


Kurun ke 14, cerita pendek dari negara China oleh Liu-Ji. Di zaman feudal, dalam negeri Chu seorang lelaki tua dapat hidup dengan mengekalkan banyak monyet jagaannya agar sentiasa berkhidmat kepadanya. Orang-orang di negeri Chu itu memanggilnya, Ju Gong iaitu Ketua Monyet atau Penjaga Monyet.

Setiap pagi, lelaki tua itu akan mengumpulkan semua monyet tadi di laman rumahnya, dan mengarahkan monyet yang paling tua untuk mengetuai yang lainnya menuju ke gunung bagi mengutip buah daripada belukar dan dahan-dahan pokok. Di sana ada peraturan bahawa setiap monyet itu, satu per sepuluh (1/10) daripada kutipan akan diserahkan kepada orang tua tersebut. Kepada yang gagal untuk berbuat demikian, akan dipukul dengan kuat. Semua monyet itu selalu terkena begitu dan takut, tapi tak berani menentang.

Satu hari, seekor monyet kecil bertanya kepada monyet yang lain: “Adakah lelaki tua itu yang menanam semua pokok buah dan belukar itu?” Monyet yang lain menjawab: “Tidak, semuanya tumbuh membesar semulajadi.” Monyet kecil tadi bertanya lagi: “Tak bolehkah kita ambil buah ini tanpa kebenaran lelaki tua itu?” Yang lain membalas: “Boleh, kita semua boleh.” Monyet itu menyambung: “Habis tu, mengapa kita masih bekerja dan berkhidmat untuk lelaki tua itu?”

Sebelum monyet kecil itu sempat menghabiskan ayat terakhirnya itu, semua monyet yang mendengar bagaikan diberi pencerahan ‘minda’ dan bangkit dari lena.

Malam yang sama juga, melihatkan lelaki tua tadi sudah nyenyak tidur. Semua monyet telah berpakat mengambil kesemua buah yang telah mereka kutip selama ini. Monyet-monyet itu masuk ke dalam belukar dan tidak pernah kembali lagi. Akhirnya lelaki tua itu mati kelaparan.

“Sesetengah manusia di dunia ini memerintah orangnya dengan menipu dan helah dan orang itu tidak pula mempunyai prinsip yang mulia. Tidakkah mereka yang seperti itu lagak seperti Ketua Monyet tadi? Mereka tidak sedar akan kekeliruan dan kebodohan mereka. Apabila orang yang dipimpin (rakyat) itu sedar dan bangkit, segala helah dan penipuan mereka takkan berguna lagi.”

No comments: