Friday, January 16, 2009

Khilafah




Palestin...lebih kurang hari-hari kita dengar isu palestin terutamanya di akhbar dan corong-corong radio .Pelbagai kaedah penentangan yang ditonjolkan oleh pelbagai masyarakat ,antaranya demonstrasi ,boikot dan sehingga ketahap mengebom kedutaan Amerika dan sekutunya.Namun adakah masalah dan isu PALESTIN dapat diselesaikan ataupun hanya reaksi ad-hoc kita dalam menonjolkan penentangan apabila melihat negara lain menentang kita pun turut sama ikut ...ADAKAH BAITUL MAQDIS dapat dibebaskan dari cengkaman ISRAEL.Tahukah anda! PALESTIN umpama satu penjara tanah lapang yang terbesar d dunia.Percaya atau tidak itulah hakikatnya dan senario yang berlaku disana .Sebenarnya apa yang penting yang perlu dibentuk adalah kesatuan .Kita dapat lihat mengenai langkah imam Hassan al-Banna yang mana beliau cuba menyatukan umat islam dibawah satu sistem yang dipanggil KHILAFAH. Namun usahanya terhenti lantaran daripada perancangan jahat yahudi dengan menggunakan rakyat mesir yang khianat dan belot sebagai boneka bagi membunuh imam Hassan al-Banna. Kita dapat lihat akan betapa sukarnya untuk membina sistem tersebut .Tanpa daya pengorbanan yang tinggi mustahil impian ini akan tercapai, namun sebaik sahaja sistem khilafah berjaya tertegak di muka bumi ini nescaya dan pastinya israel akan hancur d muka bumi ini,insya'Allah.

Bukannya untuk mengkondem sebarang bentuk dan penonjolan kearah menentang Israel namun perlu dinyatakan hakikat sebenar yang perlu diperjelas dan diperhalusi lagi.Sistem khilafah merupakan sistem yang paling ditakuti oleh YAhudi. Kita dapat lihat bagaimana Yahudi dapat bertapak d Palestin sebaik sahaja jatuh dan runtuhnya sistem khilafah uthmaniyyah yang terakhir iaitu Sultan Abd Hamid .Jika ada sistem ini khalifah boleh mengerahkan keseluruhan negara islam d dunia ini untuk bersatu dan menyerang israel .inilah yang ditakuti oleh mereka...Tapi sebelum ke peringkat tersebut kita perlulah mengikuti usrah...kenapa? untuk membentuk dan menbangunkankan sesuatu sistem memerlukan ilmu,dengan ilmu kita akan memperoleh kefahaman dan dengan kefahaman inilah kita akan dapat menahan serang anasir yang cuba menganggu-gugat diri daN masyarakat islam umumnya.TAKBIR!!!

No comments: