Tuesday, January 27, 2009
Khas buat 'MUSLIMAH'
Perancangan Jahat Kuffar
Musuh Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka lakukan adalah:
• Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam
membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan
kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah
eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-
wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.
• Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.
• Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.
• Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam, seperti kehidupan para artis dan penyanyi.
• Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian, kasut dan lain-lain.
• Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.
• Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: satera, pena pembaca, dialog dan lain-lainnya.
• Program perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul, seorang misionari jerman (1879), pernah berkata:
“Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita.”
Muhammad Thala’at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar’atu wal Hijab berkata:
“Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment