Friday, January 30, 2009

Tahniah Erdogan!


Penerus kerja Muntadar
APA yang berlaku sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzeland semalam dimana Perdana Menteri Turki, Tayyip Recep Erdogan meninggalkan sidang forum itu kerana berang dengan sikap Presiden Israel, Shimon Peres dan pengenalian berat sebelah sidang itu sekurang-kurang mampu mengubatkan sakit hati umat Islam seluruh dunia atas kedurjanaan Israel yang menyerang Gaza selam lebih tiga minggu lalu.

Erdogan bertindak meninggalkan sidang berkenaan apabila beliau tidak diberikan masa secukup dan dilayan tidak adil oleh pengerusi forum, David Ignatius, penulis Washitong Post. Jelas masa untuk Erdogan membalas hujah Peres tidak sampai separuh daripada masa diperuntukan kepada presiden Israel itu.

Bagaimana dalam kesempatan itu Erdogan sempat melemparkan peluru kerasnya kepada Peres dengan mengatakan Israel membunuh rakyat Palestin sebagai membalas penafian Peres yang menegakkan benang basah Israel tidak berbuat begitu.

Tahniah dan syabas kepad Erdogan kerana sikap tegas dan berani itu. Mungkin dunia barat yang bersekutu baik nyata atau tersembunyi dengan tindakan Israel mengganyang Gaza itu akan menuduh Erdogan tidak gentleman dan kurang beradab kerana meninggalkan sidang yang sedang berlangsung.

Biarlah Erdogan mereka nak tuduh apa pun, yang penting apa yang dikau lalukan itu menyeronok dan menggembirakan hati umat Islam. Terasa padan sekali Peres ditempelak sedemikian rupa. Manusia yang kurang ajar dan biadap patut diajar secara kurang ajar dan biadap juga.
Erdogan dalam bercakap mengenai isu serangan Israel ke atas Gaza menegaskan Israel membunuh rakyat Palaestin.

Apa yang Erdogan lalukan satu pembelaan ke atas kedurjanaan Israel ke atas Palestin secara terbuka dan paling berani setakat ini. Serangan Erdogan itu dikira tepat dalam sidang berkenaan yang disalurkan ke seluruh dunia. Shimon Peres yang berada kirinya dengannya juga terkulat dan malu.

Sudah padan muka Press dengan tempelakkan itu. Selaku Presiden Israel kehadiran Peres itu boleh dianggap kehadiran seluruh penjahat dan pembunuh Israel dan juga para pembunuh dari regim zionis.

Keberanian Erdogan itu lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Mungkin sebelum menghadiri forum tersebut bila bercakap mengenai isu kejahatan Israel Erdogan sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Beliau juga sudah dapat mengagak sidang itu akan berat sebelah dan bias kepada regim Israel. Namun kenapa beliau memberanikan diri untuk hadir juga kerana Erdogan ingin melontarkan kasut ke muka Shimon Peres sebagai menyambung apa yang dilakukan Muntadar al-Zehdi yang melontar kasut ke muka Gegorge W Bush.

Seperti mana kejadian yang dilakukan Muntadar itu dikenang dan menjadi sejarah yang memalukan Bush di sepanjang hayatnya, maka begitulah juga serangan langsung Erdogan ke atas Peres itu akan menjadi sejarah dan satu peristiwa yang cukup memalukan Press.
Bila mengenangkan kejadian itu menyebabkan saya tertanya apakah ada dari kalangan pemimpin negara kita berani melakukan seperti apa yang dilakukan Tayyip Recep Erdogan itu?

Ape cerita Akil Hai..




Ustaz Akil kini berdepan dengan tomahan
dan fitnahyang acap kali dilemparkan kepada
beliau di ataspenghijrahan beliau kepada
PAS selama ini.

Kini apabila beliau kembali berjinak-jinak semula dengan dunia keartisan maka setiap mata akan tertumpu kepadanya.Cerita
terkini,beliau bersama Waheeda di pawagan untuk menonton
Midnight Show.Maka sebagai seorang yang bergelar Ustaz dan
berada bersama Perjuangan PAS.Maka ramailah musuh-musuh
yang sentiasa mencari kesalahan dan memfitnah beliau.

Maka sebagai jemaah yang mengenali ustaz Akil,Ana terpanggil
untuk menulis situasi sebenar yang ana ketahui untuk meredakan
fitnah terhadap Utz. Akil.Untuk pengetahuan semua,Ustaz Akil
telah pun Berkhawin dgn Waheeda,tetapi kesilapannya ialah beliau
tidak memberitahu kepada umum, mungkin ada sesuatu masalah
yang hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Untuk itu perlulah kita sebagai sahabat kepada ustaz Akil mencari
jalan untuk tidak memanjangkan fitnah di atas sedikit kesilapan
yang telah beliau lakukan.

" Barangsiapa yang menutup Aib seseorang didunia
maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak "

Moh Kite Yop



Persatuan Bolasepak Perak akan menurunkan
harga tiket untuk para penonton yang hadir untuk
menyaksi dan memberikan sokongan pada setiap
perlawanan bagi Pasukan Bolasepak Perak
pada tahun 2009 ini.

Presiden PAFA iaitu MB Perak menyatakan,
penurun ini adalah sebagai tanda simpati kepada
para penyokong Pasukan Perak yang sentiasa komited memberikan
sokongan kepada pasukan Perak disamping keadaan kegawatan
ekonomi yang sedang melanda negara kita.



Bagi Harga Tiket Granstand ( Berbumbung )
Asal RM 20.00 turun kepada RM 15.00

Tempat Duduk Biasa
Asal RM 10.00 turun kepada RM 8.00


" Ape lagi Yeop..Moh Kite ke Stadium Perak
untuk memberi sokongan kepada kejor yeop kejor "


Wassalam...

Wednesday, January 28, 2009

Banyaknye dosaku


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mudah -mudahan kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat mendoakan hamba ini supaya diselamat dan berada di bawah lindungan-NYA, kerna pada hari ini saya merasa begitu takut dan risau akan dosa-dosaku ...dan mengakui hatiku lama-kelamaan akan menjadi hitam jika saya tidak merubah diri ini.Ya Allah kau bantulah hamba yang lemah ini supaya menemui jalan yang lurus.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Doa Rabiatul Izzah

Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam laungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatanNya
Kekalkanlah cintaNya
Tunjukilah jalan- jalanNya
Terangilah cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatanNya
tunjukilah jalan- jalanNya
Terangilah cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Tuesday, January 27, 2009




”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.

Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”

(Abu al-A’la al-Maududi)

dermapalestin

BOIKOT BARANGAN ISRAeL

Misteri Dan Hebatnya Makna Cantik




Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.


Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Selamat Tahun Baru Cina




To all my Chinese friends,

As the Lunar Chinese New Year dawns, may it bring you prosperous year ahead with good luck, good health and good fortune.

Khas buat 'MUSLIMAH'




Perancangan Jahat Kuffar

Musuh Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka lakukan adalah:

• Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam
membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan
kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah
eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-
wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

• Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.

• Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.

• Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam, seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

• Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian, kasut dan lain-lain.

• Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.

• Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: satera, pena pembaca, dialog dan lain-lainnya.

• Program perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul, seorang misionari jerman (1879), pernah berkata:

“Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita.”

Muhammad Thala’at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar’atu wal Hijab berkata:

“Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu.”

Friday, January 16, 2009

Khilafah




Palestin...lebih kurang hari-hari kita dengar isu palestin terutamanya di akhbar dan corong-corong radio .Pelbagai kaedah penentangan yang ditonjolkan oleh pelbagai masyarakat ,antaranya demonstrasi ,boikot dan sehingga ketahap mengebom kedutaan Amerika dan sekutunya.Namun adakah masalah dan isu PALESTIN dapat diselesaikan ataupun hanya reaksi ad-hoc kita dalam menonjolkan penentangan apabila melihat negara lain menentang kita pun turut sama ikut ...ADAKAH BAITUL MAQDIS dapat dibebaskan dari cengkaman ISRAEL.Tahukah anda! PALESTIN umpama satu penjara tanah lapang yang terbesar d dunia.Percaya atau tidak itulah hakikatnya dan senario yang berlaku disana .Sebenarnya apa yang penting yang perlu dibentuk adalah kesatuan .Kita dapat lihat mengenai langkah imam Hassan al-Banna yang mana beliau cuba menyatukan umat islam dibawah satu sistem yang dipanggil KHILAFAH. Namun usahanya terhenti lantaran daripada perancangan jahat yahudi dengan menggunakan rakyat mesir yang khianat dan belot sebagai boneka bagi membunuh imam Hassan al-Banna. Kita dapat lihat akan betapa sukarnya untuk membina sistem tersebut .Tanpa daya pengorbanan yang tinggi mustahil impian ini akan tercapai, namun sebaik sahaja sistem khilafah berjaya tertegak di muka bumi ini nescaya dan pastinya israel akan hancur d muka bumi ini,insya'Allah.

Bukannya untuk mengkondem sebarang bentuk dan penonjolan kearah menentang Israel namun perlu dinyatakan hakikat sebenar yang perlu diperjelas dan diperhalusi lagi.Sistem khilafah merupakan sistem yang paling ditakuti oleh YAhudi. Kita dapat lihat bagaimana Yahudi dapat bertapak d Palestin sebaik sahaja jatuh dan runtuhnya sistem khilafah uthmaniyyah yang terakhir iaitu Sultan Abd Hamid .Jika ada sistem ini khalifah boleh mengerahkan keseluruhan negara islam d dunia ini untuk bersatu dan menyerang israel .inilah yang ditakuti oleh mereka...Tapi sebelum ke peringkat tersebut kita perlulah mengikuti usrah...kenapa? untuk membentuk dan menbangunkankan sesuatu sistem memerlukan ilmu,dengan ilmu kita akan memperoleh kefahaman dan dengan kefahaman inilah kita akan dapat menahan serang anasir yang cuba menganggu-gugat diri daN masyarakat islam umumnya.TAKBIR!!!

what the hell




HAnya dengan lastiklah pemuda n pemudi PALESTIN menjadikannya sebagai senjata bagi menagkis serangan bom, serangan APACHE , serangan peluru berpantu yang sememangnya jika disasarkan kepada rakyat PALESTIN pasti mengena sasarannya. JAdi kita sebagainya 'MAHASISWA' apa yang patut kita buat...Yang pertama pastinya doa n solat dan yang kedua adalah memberi sumbangan harta..dan yang ketiga adalah yang paling orang lupai ialah pada dirinya sendiri,iaitu tingkatkan semangat jihad dalam diri sendiri ,mungkin pada masa kini sasaran adalah PALESTIN tapi mungkin esok lusa batang hidung negara kita sendiri yang kena baru mengelupur.Jadi seharusnya kita sedari akan hakikat sebenar YAHUDI ini . Matlamatnya adalah untuk mengusai BAITUL MAQDIS. Namun seringkali media menyiarkan isu kemanusiaan mengenai kesengsaraan dan penderitaan rakyat palestin akibat ditindas oleh Yahudi.Seharusnya umat islam fokus kepada masalah pokok iaitu isu Baitul Maqdis dan bukan hanya sekadar bertindak berdasarkan isu kemanusiaan .Memang kita tidak nafikan isu kemanusiaan turut penting namun isu Baitul Maqdis melibatkan sentimen agama iaitu bagaimana agama Islam dihina dan kebanggaan Salahudin Al-Ayubi dalam menakluk Baitul Maqdis bagai telah dirobek dan diratah oleh aktiviti Yahudi yang memimum arak dan berzina disekitar Baitul Maqdis.Oleh itu ayuh kita sedar dari lamunan yang panjang dan panaskan diri dari berada dalam musim sejuk yang terlalu lama, kita sebagai mahasiswa sekurang-kurangnya meningkatkan mutu ilmu kita kerna antara sebab ISRAEL mampu mampu tersegam adalah kerna sifat atau budaya ilmu mereka.