Monday, December 24, 2012

Semua & Setiap Perkara Dalam Pemerhatian Allah s.w.t

Semua dan setiap perkara yang berlaku adalah dalam pemerhatian Allah s.w.t hatta daun yang gugur dari pokok. Sekiranya kita memerhatikan bahawa apakah berdosanya pokok kerana menggugurkan daun? Sedangkan perkara yang tidak menjadi DOSA juga diperhatikan Allah, apatah dosa kecil , dosa besar? Sedangkan seorang pelaku dosa yang terjumpa kalimah Allah dijalanan, lalu diambilnya kalimah itu lalu dibersihkan ,diwangikan kalimah itu, maka disebabkan dia memelihara dan mewangkikan kalimah Allah s.w.t maka Allah telah “mewangikan” dan memelihara orang tersebut. Perkara yang cuba ditekankan adalah jangan memandangkan ringan kebaikan yang dilakukan hatta kecil kerana boleh jadi ia menjadi perkara yang boleh menyelamatkan kita dari disambar api neraka. Jangan memandang ringan dosa yang dilakukan hatta kecil kerana boleh jadi ia menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka. Surah Al – Zalzalah ( 7-8) Maka sesiapa yang berbuat kebajikan walau seberat zarah pun nescaya akan dilihatnya , dan sesiapa yang berbuat kejahatan walau seberat zarah pun nescaya akan dilihatnya .

1 comment:

Anonymous said...

Ur crush. Contact i.
017-4502767
https://ibb.co/b70xpV3
https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107