Monday, December 24, 2012
Semua & Setiap Perkara Dalam Pemerhatian Allah s.w.t
Semua dan setiap perkara yang berlaku adalah dalam pemerhatian Allah s.w.t hatta daun yang gugur dari pokok. Sekiranya kita memerhatikan bahawa apakah berdosanya pokok kerana menggugurkan daun? Sedangkan perkara yang tidak menjadi DOSA juga diperhatikan Allah, apatah dosa kecil , dosa besar?
Sedangkan seorang pelaku dosa yang terjumpa kalimah Allah dijalanan, lalu diambilnya kalimah itu lalu dibersihkan ,diwangikan kalimah itu, maka disebabkan dia memelihara dan mewangkikan kalimah Allah s.w.t maka Allah telah “mewangikan” dan memelihara orang tersebut.
Perkara yang cuba ditekankan adalah jangan memandangkan ringan kebaikan yang dilakukan hatta kecil kerana boleh jadi ia menjadi perkara yang boleh menyelamatkan kita dari disambar api neraka. Jangan memandang ringan dosa yang dilakukan hatta kecil kerana boleh jadi ia menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka.
Surah Al – Zalzalah ( 7-8)
Maka sesiapa yang berbuat kebajikan walau seberat zarah pun nescaya akan dilihatnya , dan sesiapa yang berbuat kejahatan walau seberat zarah pun nescaya akan dilihatnya .
Saturday, March 10, 2012
Terkadang Kita Diuji!!!
Kadangkala, kita DIUJI dengan perangai manusia..kita bertanya diri :
"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"
► Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita.
...
► Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..hanya Dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)