Wednesday, September 7, 2011

Sejarah pon ada sifir???


‎" Mari kita main sifir sejarah: Jawablah dengan semangat patriotik dan hati ikhlas.

1) Apakah gelaran untuk polis( mata-mata) yang tangkap Tok Janggut ?

2) Apakah gelaran untuk polis yang pasang tali di tengkuk leher Tok Janggut semasa hukuman gantung?

3) Apakah gelaran untuk polis yang arak dan gantung jenazah Tok Janggut di Padang Merdeka?

4) Apakah gelaran untuk polis yang tangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan beliau dibuang ke Mekah hingga meninggal di sana?

5) Apakah gelaran polis yang membunuh pejuang Terengganu di Padang Kachong, Telemong?

6) Apakah gelaran polis yang tangkap Rosli Dhobie di Sarawak dan gantung beliau?

7) Apakah gelaran polis yang tangkap Datuk Maharaja Lela dan Sipintul yang membunuh Ketua Penjajah British JWW Birch di Perak?

Jika ahli keluarga polis terasa hati dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana perasaan keluarga Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Mat Kilau, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah ?

Tugas kita yang masih hidup ialah berdoa moga-moga Allah Taala ampuni mereka semua dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. "

1 comment:

ammo said...

kalau tak kerana mat sabu, sejarah malaya tidak se exciting begini.ayuh anak muda!mari belajar sejarah dan mengenal asal usul kita!