Siapa yang menggerakkan hati-hati mereka untuk meraikan & mendoakan saya?
Sudah pastilah ALLAH s.w.t
Itulah tajuk untuk entri kali ini bersempena dengan hari lahirku yang ke-23 pada tanggal (15/08/2011). Mengikut maklumat daripada emak aku, aku dilahirkan pada pukul 9:30 pagi didalam rumah opah kau di Kg. Jamuan, Kuala Kangsar, Perak.
Alhamdulillah ramai yang wish dan mendooakan aku bersempena dengan hari istimewaku. Syukur kehadrat ALLAH s.w.t kerana telah menggerakkan hati-hati mereka yang mengenaliku untuk meraikan & mendoakanku.
Kebanyakan mereka wish"semoga panjang umur" ,tetapi hakikatnya umurku sudah semakin memendek.. entah berapa lama lagi baki masa yang tinggal mungkin kejap lagi, esok atau lusa dah sampai tarikh akhirnya..
Malam tadi baru pulang dari sembahyang terawikh, kemudian sempat mendengar tazkirah. Antara pengisiannya adalah mengenai kematian,ustaz tersebut menceritakan pelbagai bentuk kematian yang tidak disangka-sangka, almaklum waktu kematian kita adalah rahsia langit, tidak diketahui oleh sesiapa termasuk syaitan.
Oleh itu saya ingin mengigatkan diri saya terlebih dahulu bahawa :
- syarat mati tidak hanya tua, orang muda juga boleh mati
- syarat mati tidak hanya sakit, orang sihat juga boleh mati
Semoga yang muda beramal sebagaimana orang tua beramal untuk menghadapi kematian.
Semoga yang sihat beramal sebagaimana orang sakit beramal untuk menghadapi kematian.
1 comment:
kongsi2kanlah di fb...bnyk info yg bleh diberi pd umum....
Post a Comment