Tuesday, August 3, 2010

To bend a bamboo, while it's still a shoot


Bak kata orang melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Teringat pula filem ANAKku Sazali time si Sazali berkata "kalau dulu bapak tampar saya...mungkin saya boleh berubah...tapi sekarang sudah terlewat bapak"
Cerita P.Ramlie memang sarat dengan pengajaran kalau diteliti betul- betul. Satiap percakapan dan perbuatan ada kaitan dengan masyarakat. Boleh saya katakan , cerita P. Ramlie adalah realiti masyarakat, khususnya bangsa Melayu.
Berbalik kepada melentur buluh biarlah dari rebungnya, kita lihat pelbagai situasi zaman sekarang ini, bila anak sudah meningkat dewasa ...wahhh...macam- macam kes berlaku..
anak saman bapak..bapak saman anak...apa kes????