Saturday, July 10, 2010

Amaran!!!Ini Bukan Air Sirap



Salam bertemu kembali, sebelum aku pulang ke UTM inginku kongsi air yang boleh dikatakan setiap hari aku minum dirumahku di Kampung Enggor@Karai, Perak. Kelihatan air ini berwarna merah, secara automatik otak kita akan menafsirkan air ini adalah air sirap, betul?? haha..jangan nak tipu saya. Ok, hendak diringkaskan cerita ,air ini adalah air ROSELLE.Ia mengandungi Vitamin C (asid askorbik yang tinggi dan juga kaya dengan Vitamin B1 dan B2.
Khasiat Roselle
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Ini gambar contoh buah Roselle....
Begitulah khasiatnya ...tertarik....jom pekena ROSELLE..
Yang paling penting Sodapppp...

Sunday, July 4, 2010

Sense of Belonging (PaLEsTiN)


Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan
kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh
musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan
mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain
memboikot barangan Amerika dan Yahudi??? Atau apakah yang kita harapkan?
Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang
telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau
apa???

Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera
umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa,
saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari
tentera-tentera umat Islam!!!

Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh
saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan
ketenteraan, bukannya bantuan simpati kemanusiaan! Dan mereka tidak
menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang
menyembelih mereka, satu demi satau, hari demi hari.Sesungguhnya penyelesaian ke atas masalah Palestin adalah dengan menghantar tentera bagi berjihad melawan Israel di sana!!!
JIHAD IS THE ONLY SOLUTION FOR PALESTIN

SeloKA aURaT


SELOKA AURAT”

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati…

hehe..sekadar kongsi..ambik je...sebarkn..