Thursday, August 18, 2011

Siapa yang menggerakkan hati-hati mereka untuk meraikan & mendoakan saya? Allah..

Salam alaik....

Siapa yang menggerakkan hati-hati mereka untuk meraikan & mendoakan saya?
Sudah pastilah ALLAH s.w.t

Itulah tajuk untuk entri kali ini bersempena dengan hari lahirku yang ke-23 pada tanggal (15/08/2011). Mengikut maklumat daripada emak aku, aku dilahirkan pada pukul 9:30 pagi didalam rumah opah kau di Kg. Jamuan, Kuala Kangsar, Perak.


Alhamdulillah ramai yang wish dan mendooakan aku bersempena dengan hari istimewaku. Syukur kehadrat ALLAH s.w.t kerana telah
menggerakkan hati-hati mereka yang mengenaliku untuk meraikan & mendoakanku.

Kebanyakan mereka wish"semoga panjang umur" ,tetapi hakikatnya umurku sudah semakin memendek.. entah berapa lama lagi baki masa yang tinggal mungkin kejap lagi, esok atau lusa dah sampai tarikh akhirnya..

Malam tadi baru pulang dari sembahyang terawikh, kemudian sempat mendengar tazkirah. Antara pengisiannya adalah mengenai kematian,ustaz tersebut menceritakan pelbagai bentuk kematian yang tidak disangka-sangka, almaklum waktu kematian kita adalah rahsia langit, tidak diketahui oleh sesiapa termasuk syaitan.

Oleh itu saya ingin mengigatkan diri saya terlebih dahulu bahawa :

  • syarat mati tidak hanya tua, orang muda juga boleh mati
  • syarat mati tidak hanya sakit, orang sihat juga boleh mati
Almaklum zaman sekarang, seandainya berlaku kemalangan jalan raya, maka sering kita perhatikan orang muda yang meninggal. Bukan seorang dan bukan hanya dua orang tetapi terkadang satu kereta malah terkadang satu van. Kebanyakannya orang muda. Orang tua biasanya mati satu-satu, tetapi orang muda mati ramai-ramai. Analogi yang cukup cantik adalah pokok kelapa. Biasanya kalau kepala tua akan luruh sebiji demi sebiji. Tetapi kalau kelapa muda, si pengait tidak akan kait sebiji demi sebiji, dia akan kait terus satu tandan. Orang muda sekali mati,ramai-ramai. Tetapi orang muda mati, seorang-seorang.(Kebiasaannyalah)

Semoga yang muda beramal sebagaimana orang tua beramal untuk menghadapi kematian.
Semoga yang sihat beramal sebagaimana orang sakit beramal untuk menghadapi kematian.









Saturday, July 30, 2011

Apa guna Puasa kalau...dot...dot


Salam Ramadhan Semua!!!
Apalah guna kita berpuasa selama +/-12 jam ,kemudian kita beli makanan berbuka daripada tangan peniaga yang tidak menutup aurat dan lebih buruk lagi adalah daripada tangan orang yang tidak solat, kemudian kita berbuka puasa …sekiranya sebulan kita membeli makanan berpuasa, maka sebulan jugalah kita menyuapkan ma
kanan tersebut ke mulut kita. Kemudian kita merintih mengapa doa kita tidak diperkenan.

Mungkin ada yang mengatakan inilah cara kita hendak dakwah mereka , iaitu dengan membeli makanan mereka. Cuba kita tanya diri kita sejauh mana berkesan kaedah ini? Takut-takut apa yang difikirkan didalam lubuk hati peniaga tersebut adalah “aku tidak tutup aurat tetapi ada je orang beli kuih aku” dan lebih menakutkan “disebabkan aku cantik kot mungkin ramai orang membeli kuih aku” kata seorang peniaga.

Sedangkan pekerja kilang makanan warga asing, apabila mereka membungkus makanan, maka peraturan kilang tersebut adalah memakai serkup rambut untuk mengelakkan rambut mereka masuk kedalam pek bungkusan makanan. Begitu sekali mereka menjaga “kualiti” yang sepatutnya umat Islam lebih mengetahui hikmah menutup aurat.

Ayuhlah, sebelum kita membawa kerugian kepada peniaga yang tidak menutup aurat, sampaikanllah pesanan ini sebelum mereka mula membuka BAZAAR RAMADHAN pada 1/8/2011 ini. Kepada peniaga, selamat berniaga, berlaku adillah dalam timbangan kerana kelak kamu akan “ditimbang” oleh Allah s.w.t

Pesanan dari seorang sahabat di dunia ini kerana tiada lagi pesanan di akhirat

Tuesday, April 5, 2011

HARI CENDOL SEDUNIA

HARI CENDOL SEDUNIA
7/4/11 - KHAMIS
HANYA DI FAKULTI KEJ. KIMIA, UTM, SKUDAI,JOHOR

Saturday, March 26, 2011

GRAND DINNER OR GRAND SINS


Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan Eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?

Okey, kita sudah memasuki tahun baru, maka kebanyakan institusi pendidikan di negara kita semestinya sudah melangkah ke semester kedua. Pada waktu ini, sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan grand dinner. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘grand mungkar’.

Buat sesiapa yang belum tahu, grand dinner di universiti, kolej dan juga terdapat di sebahagian sekolah merupakan satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar senior yang bakal meninggal pembelajaran di institusi tersebut untuk suatu kos, fakulti atau kelas. Pada luaran, majlis ini tampak molek tetapi malangnya majlis ini dicemari dengan pelbagai anasir ‘tambahan’ yang tak sepatutnya.

Tema

Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa’. Tema seperti retro, english atau black and white mungkin lebih kontemporari berbanding tema batik, tradisional, ketimuran dan sebagainya. Tema sebegini tidak menjadi masalah namun yang hendak kita bincangkan di sini adalah tema yang lahir akibat daripada pemikiran yang terlebih ‘kreatif’. Tema sebegini yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pakaian

Juga akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai, kononnya ingin mengikut tema yang dikehendaki. Dan apabila ‘terbeli’ pakaian yang terlampau unik, dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasa grand dinner sahaja, bukankah ia jatuh dalam kategori membazir?

Sekali lagi, muslimah tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Muslimah yang sebelum ini terkenal dengan tudung labuhnya, mula menyingkat sedikit tudungnya. Muslimah yang sebelum ini berpakaian serba longgar, memilih pula untuk berpakaian ketat. Muslimah yang agak janggal bermekap, mula berjinak-jinak dengan mekapnya. Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan, muslimah yang mengenakan perhiasan keterlaluan sebegini untuk dipertunjukkan pada orang awam jatuh pada kategori tabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. ‘Terima kasih’ buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.

Persembahan

Nasyid? Dikir barat? Ahhh, lupakan sahaja kerana agak ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk, maka sudah tentu persembahan yang boleh diterima semua kaum menjadi pilihan. Akibat daripada sikap terlebih bertoleransi ini, maka nyanyian, joget dan tarian menjadi tidak menjadi masalah buat mereka. Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka. Padahal Allah SWT telah berfirman dengan jelas sekali:

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)
Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu. Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram.

Sesi bergambar

Sedangnya berlangsungnya majlis, pasti ada selitan bergambar atau dibuat khas sesi bergambar pada penghujungnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya hendak bergambar-gambar demi kenangan. Tetapi yang tidak moleknya, apabila mereka ini bergambar ‘berlebih-lebihan’ dan ini mencetuskan kebimbangan. Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula. Sudahlah bergambar dengan pakaian ter’over’, mendedah aurat satu hal, kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib seperti mana disebut oleh Rasulullah SAW dalam suatu hadis:

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

———-

Jelas sekali, grand dinner yang selalu kita bangga-banggakan selama ini lengkap sebagai satu pakej yang mengundang ke jalan kemaksiatan. Amat menghairankan sekali, grand dinner sebegini yang disukai ramai sehingga tanpa segan silu diberi taraf 5 bintang. Kita tidak pernah cuai dalam menunaikan solat, tidak pernah ketinggalan berjemaah ke masjid, senantiasa berpakaian menutup aurat, tetapi apabila tibanya grand dinner, kita hancur sama sekali.

Jadi apa yang disimpulkan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlulah bertindak menghayati segala garis panduan yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam kesemua aspek kehidupan. Penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.

Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan. Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar! Sekian.

Sumber: salafus-sholih.blogspot.com

Saturday, February 19, 2011

Mahasiswa UTM bakal menjadi hakim pada 21/2/2011

[Pilihanraya Kampus]
Mahasiswa adlh HAKIM....esok nk mengundi...kome dah ada calon nk pangkoh ke????
kamu akn ditanye ttng apa yg kamu jatuhkn...ats hujah apa kamu jatuhkn???
Orng yg tk nk mengundi samalh ibarat seorng HAKIM yg tk nk bicarakn kes...kes akn tertunggak...mk akn menzalimi mangsa n orng yg dituduh...
Sblm seorng hakim menjatuhkn pertuduhn..dia mesti mendgr keterngn dari kedua-dua belah pihak...sudahkn anda mendgr hujah Pro - M n Evo , sbb untk memilih mrk? Khas untk mahasiswa tahun akhir yg aku analisis mrk antara majoriti mahasiswa yg tk nk turun mengundi esok...alasn mrk "aku bkn ade dah sem dpn"...pikir la jauh sikit...pkir untk generasi seterusnya di UTM...semoga kalian menjadi hakim yg adil....(sabor ajelah)

jgn jadikn method memilih anda b'dasarkn paras rupa shj tanpa mengmbil kira faktor lain, krn kelak itulah jwpn anda dihadapan "penguasa yg sebenarnye"...sanggupkh anda menjwb aku memilih sbb dia hemsyem/chantik....what a cheap answer...orng... la nie ckp tentang aspek kebertanggungjawapan n keterbukaan...
itulah beza anda dgn masyarakat mesir....

Sunday, February 6, 2011

Hak Kite Sekiranya Ditahan POlis...Pernah kena tahan Polis???



1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada

Inspektor.

• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:

• menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan

mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.



4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak

Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.

Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari

bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama

dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan

memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

[b]Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: [/B ]• Bantah;

• Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

• Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451


Sumber:Suara Melayu.

Saturday, January 22, 2011

Apa beza mereka di sini berbanding di situ???


Apa beza mereka di sini berbanding di situ???
Mereka adalah wanita......
Semakin aku fikirkan semakin binggung jadinye...

Apa beza mereka yang bila waktu meeting berbanding dengan waktu berfacebook...
Bila tiba waktu meeting punyalah susah hendak dengar suara,
Bila tiba waktu berfacebook, punyalah annoying tidak terkata.

Bila tiba waktu meeting punyalah susah aku bersuara,
Sepatutnya mudah ...akhirnya jadi payah...

Aku faham....mereka kata kena jaga batas pergaulan...

Terkadang aku ada urusan urgent ble aku call mereka...tak angkat2x...
balas mereka (ada apa? mesej je..tak perlu call)
Sekali lagi aku dimomok dengan
... kena jaga batas pergaulan...

Tapi bila melihat mereka difacebook...hati aku berkata..inikah batas yang mereka maksudkan...
Melihat gaya mereka komen difacebook...seolah berlainan dengan gaya mereka di bilik meeting..
Melihat gaya mereka komen difacebook...seolah mereka sama dengan golongan wanita diluar sana....
Melihat gaya mereka komen difacebook...terlintas dihati...Bagaimana golongan sebegini berani mendakwa mereka pejuang Islam sejati, seolah - olah memakan diri...

Jangan disalahkan FACEBOOK, jangan disalahkan Mark Zukenberg...
Tapi renungkan...teknologi hanyalah wasilah untuk menyebarkan KEBENARAN...
Siapa yang buta...aku atau mereka?

Apapon...tidak semua mereka sebegitu, hanyalah segelintir....

Sunday, January 16, 2011

Lambat atau Terlambat......

Salam Alaik......
Sedar atau tidak sudah 2 minggu pembelajaran bermula untuk semesta ke -8 ku ini dan Insya'Allah semesta ku yang terakhir....

Persoalan disini apakah bentuk kenangan yang telah kita tinggalkan di UTM ini, samada kenangan yang baik atau buruk, yang memalukan atau yang membanggakan, yang menyenangkan atau yang merimaskan, yang menyedihkan atau yang menyeronokkan. Yang mana satu adalah ANDA?

Mungkin ada yang memikirkan masih terlalu awal unutk kita bicarakan soal kenangan kerana kita masih belum pun melepasi garisan penamat iaitu ,GARISAN GRADUASI. Bagiku topik ini apabila dibincangkan terlalu lewat akan meninggalkan kesan yang negatif iaitu penyesalan, kenapakah dulu masa aku kat UTM kt buat macam itu, tak buat macam ini dan pelbagai lagi, dan akan lebih banyak penyesalan yang timbul apabila semakin difikirkan, jadi pilihan hari ini adalah unutk membicarakannya sahaja.

Pilihan kita yang terakhir adalah kenangan yang bagaimana ingin kita tinggalkan apabila telah meninggalkan UTM, itu yang lebih penting...sekarang masih belum terlambat walau sememangnya sudah agak lambat untuk mencipta kenangan......
Suka untukku petik kata-kata dari sebuah lagu bagi menutup entri kali ini iaitu:
"samada kamu mencipta sejarah atau kamu hanya menjadi sejarah"

Saturday, January 1, 2011

2010- Tahun Kemurkaan Allah S.W.T

Akhirnya 2010 telah melabuhkan tirainya dengan (bunyi letupan bunga api + teriakan Si Peminum arak + gelak ketawa Si penzina + tangisan bayi yang dibuang di tong sampah)

Kebanyakan orang mempunyai terlampau banyak azam sampai tak tertunai-tunai.
Kebiasaanya pada malam countdown NEW YEAR jugalah ramai anak muda-mudi yang berazam menunaikan hasrat cinta masing-masing dengan dimulai dengan cumbuan dan berakhir dengan keterlanjuran.

Apabila ditegur bagaimana menyambut tahun baru secara Islam pasti ada yang melenting. Dikatakan tidak mengikut peredaran zaman. Ada yang bawa anak-anak yang masih kecil berjaga sampai tengah malam di tempat-tempat yang sesak seperti di bandar-bandar apatah lagi di Kuala Lumpur. Dari kecil lagi kita dah persembahkan semangat maksiat kepada anak-anak kecil dengan memperlihatkan kepada mereka bagaimana abang-abang dan kakak-kakak berpegangan tangan dan berpelukan.

Jadi apabila besar nanti anak kecil itu akan beranggapan bahawa sudah menjadi lumrah dan wajib untuk melihat bunga api setiap tahun baru. Pernah kita bawa anak-anak kecil kita memenuhi masjid esok atau lusa semasa ceramah tahun baru akan diadakan?

Para ibu akan kata anak kita masih kecil, mengantuk dengar ceramah dan takut menangis lapar. Para bapa pula akan kata anak kita nakal, nanti berlari-lari di dalam masjid atau nak buang air. Inilah alasan-alasan yang selalu diberikan oleh para ibu bapa. Sudahlah ibu bapa pun malas nak pergi masjid. Nak pula bagi anak ikut jejak mereka.

Bila anak dah besar dan jadi bohsia dan bohjan mulalah nak salahkan semua pihak. Sedangkan asuhan anak kecil itu datangnya dari usia muda dan dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa dahulu. Allah tak tanya orang lain dulu jika anak kita membuat dosa tetapi ibu bapa perlu menjawab pertanyaan Allah dengan bukti yang kukuh.

Takkanlah Allah nak salahkan orang lain yang mempengaruhi anak kita jika kita sendiri yang lalai mendidiknya dengan sempurna. Memang ada sesetengah anak pak imam dan pak lebai yang 'tak menjadi'. Tapi lebih ramai anak-anak dari kalangan ibu bapa yang membuat maksiat 'tak menjadi'.

Friday, December 31, 2010

Aku Pulang Akhirnya

Alhamdulillah...
1/1/2011
Barulah aku sampai kerumah aku di Kampung Karai, Kuala Kangsar, Perak. Orang lain sibuk hendak pulang ke UTM, aku pula sibuk hendak pulang ke rumah, tapi walauapapun, aku syukur kerana dapat juga pulang kerumah. Kepulanganku adalah bagi menghadiri Kenduri Keluarga(ayah aku dapat cucu)

13/12/2010 sampai 23/12/2010
Dalam tempoh ini aku pergi ke Melbourne, Australia bagi mengadakan survey questionnaire bagi meninjau pengetahuan masyarakat Australia tentang Malaysia, sejauh mana mereka mengenal Malaysia. Disamping itu juga , lawatan ini bertujuan unutk mencari tokoh dari Malaysia yang telah berjaya di Australia. Antara yang sempat kami temubuat adalah dua buah restoran iaitu Norsiah's Kitchen dan The Roti Man. Nasib baik kedua-duanya sporting semasa ditemubual.

The Great Ocean Road,Victoria


Aku sedang mengedarkan Questionnaire kepada remaja Australia(orang dekat sane relek sahaja pakai t-shirt ,aku sahaja yang lebih-lebih,:) , suhu sekitar 10 darjah celcius)




Syham Sunder(berbaju merah) tauke restoran The Roti Man
(orang Malaysia yg berhijrah ke Melbourne)


24/12/2010 - 26/12/2010
Gerak kerja menyiapkan laporan program Melbourne,Australia

27/12/2010 - 31/12/2010
Sebaik pulang dari Australia, aku telah menyertai Kem Pembentukan Jawatankuasa Kolej pula,
tapi bukan sebagai peserta tapi sebagai faci.
Sangat enjoy dalam kem ini kerana banyak aktiviti menarik dilakukan.



Aku (baju kelabu) sedang menaiki flying fox


3/1/2011
Barulah aku pulang ke UTM, Alhamdulillah ,selepas aku susun jadual kuliah, hari ISNIN adalah NO CLASSES..yes2x...

Friday, December 24, 2010

The F*** word


Salam alaik semua...
Alhamdulillah sampai juga ke Malaysia selepas 10 hari menjejak kaki di Melbourne, Australia. Sungguh pelik cuaca disana, dikatakan summer , tapi suhu sekitar 10 celcius. Inikah summer?
Hari yang ke-2 di Melbourne
Hari yang ke-2 di Melbourne adlah hari paling worst aku disana kerana sesat dibumi asing, nasib baik sesat berteman, kalau seorang diri ,huh ,naye oww...
Sedang aku membaca peta tram@ala kereta api , aku dangan kawan aku tersenyum dan gelak ketawa..orang kata sesat dalam senyuman...tapi malang, gelagat kami disalah tafsir oleh seorang wanita muda Australia yang aku gelar Miss X...maka bermulalah perbualan malang...

Miss x: hey..guy over there ..what the f*** you laughing at?
you are speaking your f*** local language..
that is F*** rude.

Aku: Menghampiri wanita itu dan menjelaskan
I'am sorry...Actually, we are lost.

Miss X: You think i F*** believe you?

Aku:Suara dalaman(ape kehenyer nie...pelik punye perempuan)
Menjauhkan diri dari Mrs X

(Miss X selamba je sound direct at public...kat aku ...)

Miss X: Meneruskan ayat F*** nyer dan bla...bla...bla

Aku : Dalaman( Memikirkan macam manalah hendak bagi perempuan ini faham situasi aku ini.)

(Tunggu sekejap kemarahan Miss X ..dan apabila aku tengak dia sudah senyap..aku menghampiri dia)

Lalu......

Aku: Well , do you know where to go the Monash University?

Miss X: ermm....I don't know!!!..but ...

(Miss X berdiri...aku sudah cuak ape pulak dia hendak buat ini)

Miss X mencari sorang lagi lelaki Australian dan bertanye)

Miss X:Do ypu know how to get to Monash University?

Lelaki Australia: You have to get to the city first and stop at Federation Square and than take another tram.

Miss X menghampiriku dan menyuruh aku ke City dulu..dan berkata just follow me.

Alhamdulillah sampai juga ke destinasi...

Moral of Story
-Pastikan jangan bergelak ketawa mengunakan bahasa Melayu di tempat asing unutk elakkan salah faham bahawa kita sedang menyindir dia
-Apabila telah berlaku salah faham, kadang-kadang, "i'am sorry" bukan suatu penyelesaian, setiap respon kita untuk counter salah faham bergantung pada waqi' .So , pandai2xlah respon dengan manusia yang sensitif.