Saturday, March 26, 2011

GRAND DINNER OR GRAND SINS


Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan Eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?

Okey, kita sudah memasuki tahun baru, maka kebanyakan institusi pendidikan di negara kita semestinya sudah melangkah ke semester kedua. Pada waktu ini, sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan grand dinner. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘grand mungkar’.

Buat sesiapa yang belum tahu, grand dinner di universiti, kolej dan juga terdapat di sebahagian sekolah merupakan satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar senior yang bakal meninggal pembelajaran di institusi tersebut untuk suatu kos, fakulti atau kelas. Pada luaran, majlis ini tampak molek tetapi malangnya majlis ini dicemari dengan pelbagai anasir ‘tambahan’ yang tak sepatutnya.

Tema

Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa’. Tema seperti retro, english atau black and white mungkin lebih kontemporari berbanding tema batik, tradisional, ketimuran dan sebagainya. Tema sebegini tidak menjadi masalah namun yang hendak kita bincangkan di sini adalah tema yang lahir akibat daripada pemikiran yang terlebih ‘kreatif’. Tema sebegini yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pakaian

Juga akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai, kononnya ingin mengikut tema yang dikehendaki. Dan apabila ‘terbeli’ pakaian yang terlampau unik, dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasa grand dinner sahaja, bukankah ia jatuh dalam kategori membazir?

Sekali lagi, muslimah tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Muslimah yang sebelum ini terkenal dengan tudung labuhnya, mula menyingkat sedikit tudungnya. Muslimah yang sebelum ini berpakaian serba longgar, memilih pula untuk berpakaian ketat. Muslimah yang agak janggal bermekap, mula berjinak-jinak dengan mekapnya. Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan, muslimah yang mengenakan perhiasan keterlaluan sebegini untuk dipertunjukkan pada orang awam jatuh pada kategori tabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. ‘Terima kasih’ buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.

Persembahan

Nasyid? Dikir barat? Ahhh, lupakan sahaja kerana agak ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk, maka sudah tentu persembahan yang boleh diterima semua kaum menjadi pilihan. Akibat daripada sikap terlebih bertoleransi ini, maka nyanyian, joget dan tarian menjadi tidak menjadi masalah buat mereka. Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka. Padahal Allah SWT telah berfirman dengan jelas sekali:

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)
Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu. Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram.

Sesi bergambar

Sedangnya berlangsungnya majlis, pasti ada selitan bergambar atau dibuat khas sesi bergambar pada penghujungnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya hendak bergambar-gambar demi kenangan. Tetapi yang tidak moleknya, apabila mereka ini bergambar ‘berlebih-lebihan’ dan ini mencetuskan kebimbangan. Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula. Sudahlah bergambar dengan pakaian ter’over’, mendedah aurat satu hal, kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib seperti mana disebut oleh Rasulullah SAW dalam suatu hadis:

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

———-

Jelas sekali, grand dinner yang selalu kita bangga-banggakan selama ini lengkap sebagai satu pakej yang mengundang ke jalan kemaksiatan. Amat menghairankan sekali, grand dinner sebegini yang disukai ramai sehingga tanpa segan silu diberi taraf 5 bintang. Kita tidak pernah cuai dalam menunaikan solat, tidak pernah ketinggalan berjemaah ke masjid, senantiasa berpakaian menutup aurat, tetapi apabila tibanya grand dinner, kita hancur sama sekali.

Jadi apa yang disimpulkan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlulah bertindak menghayati segala garis panduan yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam kesemua aspek kehidupan. Penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.

Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan. Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar! Sekian.

Sumber: salafus-sholih.blogspot.com

Saturday, February 19, 2011

Mahasiswa UTM bakal menjadi hakim pada 21/2/2011

[Pilihanraya Kampus]
Mahasiswa adlh HAKIM....esok nk mengundi...kome dah ada calon nk pangkoh ke????
kamu akn ditanye ttng apa yg kamu jatuhkn...ats hujah apa kamu jatuhkn???
Orng yg tk nk mengundi samalh ibarat seorng HAKIM yg tk nk bicarakn kes...kes akn tertunggak...mk akn menzalimi mangsa n orng yg dituduh...
Sblm seorng hakim menjatuhkn pertuduhn..dia mesti mendgr keterngn dari kedua-dua belah pihak...sudahkn anda mendgr hujah Pro - M n Evo , sbb untk memilih mrk? Khas untk mahasiswa tahun akhir yg aku analisis mrk antara majoriti mahasiswa yg tk nk turun mengundi esok...alasn mrk "aku bkn ade dah sem dpn"...pikir la jauh sikit...pkir untk generasi seterusnya di UTM...semoga kalian menjadi hakim yg adil....(sabor ajelah)

jgn jadikn method memilih anda b'dasarkn paras rupa shj tanpa mengmbil kira faktor lain, krn kelak itulah jwpn anda dihadapan "penguasa yg sebenarnye"...sanggupkh anda menjwb aku memilih sbb dia hemsyem/chantik....what a cheap answer...orng... la nie ckp tentang aspek kebertanggungjawapan n keterbukaan...
itulah beza anda dgn masyarakat mesir....

Sunday, February 6, 2011

Hak Kite Sekiranya Ditahan POlis...Pernah kena tahan Polis???



1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada

Inspektor.

• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:

• menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan

mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.



4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak

Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.

Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari

bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama

dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan

memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

[b]Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: [/B ]• Bantah;

• Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

• Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451


Sumber:Suara Melayu.

Saturday, January 22, 2011

Apa beza mereka di sini berbanding di situ???


Apa beza mereka di sini berbanding di situ???
Mereka adalah wanita......
Semakin aku fikirkan semakin binggung jadinye...

Apa beza mereka yang bila waktu meeting berbanding dengan waktu berfacebook...
Bila tiba waktu meeting punyalah susah hendak dengar suara,
Bila tiba waktu berfacebook, punyalah annoying tidak terkata.

Bila tiba waktu meeting punyalah susah aku bersuara,
Sepatutnya mudah ...akhirnya jadi payah...

Aku faham....mereka kata kena jaga batas pergaulan...

Terkadang aku ada urusan urgent ble aku call mereka...tak angkat2x...
balas mereka (ada apa? mesej je..tak perlu call)
Sekali lagi aku dimomok dengan
... kena jaga batas pergaulan...

Tapi bila melihat mereka difacebook...hati aku berkata..inikah batas yang mereka maksudkan...
Melihat gaya mereka komen difacebook...seolah berlainan dengan gaya mereka di bilik meeting..
Melihat gaya mereka komen difacebook...seolah mereka sama dengan golongan wanita diluar sana....
Melihat gaya mereka komen difacebook...terlintas dihati...Bagaimana golongan sebegini berani mendakwa mereka pejuang Islam sejati, seolah - olah memakan diri...

Jangan disalahkan FACEBOOK, jangan disalahkan Mark Zukenberg...
Tapi renungkan...teknologi hanyalah wasilah untuk menyebarkan KEBENARAN...
Siapa yang buta...aku atau mereka?

Apapon...tidak semua mereka sebegitu, hanyalah segelintir....

Sunday, January 16, 2011

Lambat atau Terlambat......

Salam Alaik......
Sedar atau tidak sudah 2 minggu pembelajaran bermula untuk semesta ke -8 ku ini dan Insya'Allah semesta ku yang terakhir....

Persoalan disini apakah bentuk kenangan yang telah kita tinggalkan di UTM ini, samada kenangan yang baik atau buruk, yang memalukan atau yang membanggakan, yang menyenangkan atau yang merimaskan, yang menyedihkan atau yang menyeronokkan. Yang mana satu adalah ANDA?

Mungkin ada yang memikirkan masih terlalu awal unutk kita bicarakan soal kenangan kerana kita masih belum pun melepasi garisan penamat iaitu ,GARISAN GRADUASI. Bagiku topik ini apabila dibincangkan terlalu lewat akan meninggalkan kesan yang negatif iaitu penyesalan, kenapakah dulu masa aku kat UTM kt buat macam itu, tak buat macam ini dan pelbagai lagi, dan akan lebih banyak penyesalan yang timbul apabila semakin difikirkan, jadi pilihan hari ini adalah unutk membicarakannya sahaja.

Pilihan kita yang terakhir adalah kenangan yang bagaimana ingin kita tinggalkan apabila telah meninggalkan UTM, itu yang lebih penting...sekarang masih belum terlambat walau sememangnya sudah agak lambat untuk mencipta kenangan......
Suka untukku petik kata-kata dari sebuah lagu bagi menutup entri kali ini iaitu:
"samada kamu mencipta sejarah atau kamu hanya menjadi sejarah"

Saturday, January 1, 2011

2010- Tahun Kemurkaan Allah S.W.T

Akhirnya 2010 telah melabuhkan tirainya dengan (bunyi letupan bunga api + teriakan Si Peminum arak + gelak ketawa Si penzina + tangisan bayi yang dibuang di tong sampah)

Kebanyakan orang mempunyai terlampau banyak azam sampai tak tertunai-tunai.
Kebiasaanya pada malam countdown NEW YEAR jugalah ramai anak muda-mudi yang berazam menunaikan hasrat cinta masing-masing dengan dimulai dengan cumbuan dan berakhir dengan keterlanjuran.

Apabila ditegur bagaimana menyambut tahun baru secara Islam pasti ada yang melenting. Dikatakan tidak mengikut peredaran zaman. Ada yang bawa anak-anak yang masih kecil berjaga sampai tengah malam di tempat-tempat yang sesak seperti di bandar-bandar apatah lagi di Kuala Lumpur. Dari kecil lagi kita dah persembahkan semangat maksiat kepada anak-anak kecil dengan memperlihatkan kepada mereka bagaimana abang-abang dan kakak-kakak berpegangan tangan dan berpelukan.

Jadi apabila besar nanti anak kecil itu akan beranggapan bahawa sudah menjadi lumrah dan wajib untuk melihat bunga api setiap tahun baru. Pernah kita bawa anak-anak kecil kita memenuhi masjid esok atau lusa semasa ceramah tahun baru akan diadakan?

Para ibu akan kata anak kita masih kecil, mengantuk dengar ceramah dan takut menangis lapar. Para bapa pula akan kata anak kita nakal, nanti berlari-lari di dalam masjid atau nak buang air. Inilah alasan-alasan yang selalu diberikan oleh para ibu bapa. Sudahlah ibu bapa pun malas nak pergi masjid. Nak pula bagi anak ikut jejak mereka.

Bila anak dah besar dan jadi bohsia dan bohjan mulalah nak salahkan semua pihak. Sedangkan asuhan anak kecil itu datangnya dari usia muda dan dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa dahulu. Allah tak tanya orang lain dulu jika anak kita membuat dosa tetapi ibu bapa perlu menjawab pertanyaan Allah dengan bukti yang kukuh.

Takkanlah Allah nak salahkan orang lain yang mempengaruhi anak kita jika kita sendiri yang lalai mendidiknya dengan sempurna. Memang ada sesetengah anak pak imam dan pak lebai yang 'tak menjadi'. Tapi lebih ramai anak-anak dari kalangan ibu bapa yang membuat maksiat 'tak menjadi'.

Friday, December 31, 2010

Aku Pulang Akhirnya

Alhamdulillah...
1/1/2011
Barulah aku sampai kerumah aku di Kampung Karai, Kuala Kangsar, Perak. Orang lain sibuk hendak pulang ke UTM, aku pula sibuk hendak pulang ke rumah, tapi walauapapun, aku syukur kerana dapat juga pulang kerumah. Kepulanganku adalah bagi menghadiri Kenduri Keluarga(ayah aku dapat cucu)

13/12/2010 sampai 23/12/2010
Dalam tempoh ini aku pergi ke Melbourne, Australia bagi mengadakan survey questionnaire bagi meninjau pengetahuan masyarakat Australia tentang Malaysia, sejauh mana mereka mengenal Malaysia. Disamping itu juga , lawatan ini bertujuan unutk mencari tokoh dari Malaysia yang telah berjaya di Australia. Antara yang sempat kami temubuat adalah dua buah restoran iaitu Norsiah's Kitchen dan The Roti Man. Nasib baik kedua-duanya sporting semasa ditemubual.

The Great Ocean Road,Victoria


Aku sedang mengedarkan Questionnaire kepada remaja Australia(orang dekat sane relek sahaja pakai t-shirt ,aku sahaja yang lebih-lebih,:) , suhu sekitar 10 darjah celcius)




Syham Sunder(berbaju merah) tauke restoran The Roti Man
(orang Malaysia yg berhijrah ke Melbourne)


24/12/2010 - 26/12/2010
Gerak kerja menyiapkan laporan program Melbourne,Australia

27/12/2010 - 31/12/2010
Sebaik pulang dari Australia, aku telah menyertai Kem Pembentukan Jawatankuasa Kolej pula,
tapi bukan sebagai peserta tapi sebagai faci.
Sangat enjoy dalam kem ini kerana banyak aktiviti menarik dilakukan.



Aku (baju kelabu) sedang menaiki flying fox


3/1/2011
Barulah aku pulang ke UTM, Alhamdulillah ,selepas aku susun jadual kuliah, hari ISNIN adalah NO CLASSES..yes2x...

Friday, December 24, 2010

The F*** word


Salam alaik semua...
Alhamdulillah sampai juga ke Malaysia selepas 10 hari menjejak kaki di Melbourne, Australia. Sungguh pelik cuaca disana, dikatakan summer , tapi suhu sekitar 10 celcius. Inikah summer?
Hari yang ke-2 di Melbourne
Hari yang ke-2 di Melbourne adlah hari paling worst aku disana kerana sesat dibumi asing, nasib baik sesat berteman, kalau seorang diri ,huh ,naye oww...
Sedang aku membaca peta tram@ala kereta api , aku dangan kawan aku tersenyum dan gelak ketawa..orang kata sesat dalam senyuman...tapi malang, gelagat kami disalah tafsir oleh seorang wanita muda Australia yang aku gelar Miss X...maka bermulalah perbualan malang...

Miss x: hey..guy over there ..what the f*** you laughing at?
you are speaking your f*** local language..
that is F*** rude.

Aku: Menghampiri wanita itu dan menjelaskan
I'am sorry...Actually, we are lost.

Miss X: You think i F*** believe you?

Aku:Suara dalaman(ape kehenyer nie...pelik punye perempuan)
Menjauhkan diri dari Mrs X

(Miss X selamba je sound direct at public...kat aku ...)

Miss X: Meneruskan ayat F*** nyer dan bla...bla...bla

Aku : Dalaman( Memikirkan macam manalah hendak bagi perempuan ini faham situasi aku ini.)

(Tunggu sekejap kemarahan Miss X ..dan apabila aku tengak dia sudah senyap..aku menghampiri dia)

Lalu......

Aku: Well , do you know where to go the Monash University?

Miss X: ermm....I don't know!!!..but ...

(Miss X berdiri...aku sudah cuak ape pulak dia hendak buat ini)

Miss X mencari sorang lagi lelaki Australian dan bertanye)

Miss X:Do ypu know how to get to Monash University?

Lelaki Australia: You have to get to the city first and stop at Federation Square and than take another tram.

Miss X menghampiriku dan menyuruh aku ke City dulu..dan berkata just follow me.

Alhamdulillah sampai juga ke destinasi...

Moral of Story
-Pastikan jangan bergelak ketawa mengunakan bahasa Melayu di tempat asing unutk elakkan salah faham bahawa kita sedang menyindir dia
-Apabila telah berlaku salah faham, kadang-kadang, "i'am sorry" bukan suatu penyelesaian, setiap respon kita untuk counter salah faham bergantung pada waqi' .So , pandai2xlah respon dengan manusia yang sensitif.

Wednesday, December 8, 2010

Korea U vs Korea S




Antara mereka siapa yang menang? Antara mereka siapa yang kalah? Minggu lepas hangat berita tentang mereka berdua berdua beradik nie, asyik bertelagah sahaja.

Tahun 1997 gempar berita mereka hendak berperang, sebab itu family ku pulang ke Malaysia kembali. Tapi tidak juga berlaku peperangan, mengapa?

Tahun 2010 gempar sekali lagi dua beradik ini hendak berperang? rasanya terjadi tak?


Cuba kita fikir dalam2x, seandainya dua beradik ini bersatu, siapa yang rugi? of coz la "uncle Sam" dan uncle rael @israel yang rugi,kerana:
1) seandainya K.U dan K.S bersatu , mereka akan menjadi antara kuasa nuklear yang terkuat didunia
2)Pengaruh Amerika di Korea Selatan akan merosot
3)Kebolehan Amereka untuk mengawal rantau "mate sepet" ini dari segi ekonomi dan politik amnya akan terjejas.
4)Kuasa ketenteraan korea akan bertambah kuat
5)Sumber monetary semakin kukuh.



Cuba kita perhatikan , apa tindakan Amerika apabila gempar dua beradik ini akan berperang
tindakan Amerika
1)Menjalin hubungan dengan K.Selatan
2)Menempatkan lebih banyak tenteranya di K.Selatan
3)Mewujudkan lebih banyak latihan ketenteraan becara bersama

Semua tindakan ini sebenarnya adalah untuk mempastikan K.U dan K.S tidak akan bersatu dan berdamai.
Sehinggakan drama korea yang pernah aku tonton, yang bertajuk IRIS..mendedahkan komplot suatu badan rahsia yang sentisa berusaha melagakan kedua-dua beradik ini..itu hanyalah cerita, tapi point yang aku hendak bawa adalah seolah -olah wujud suatu konspirasi yang memustahilkan kesatuan Korea. Tak kanlah kerja FREEMASON jugak kot?

Sekian.

Friday, November 26, 2010

Dah Clash.....


Salam Alaik,
Ape kabo yop n yong?

Kita sering kali mendengar dan melihat setiap kali orang yang:
1)Bercouple bersama ,macam-macam kata-kata yang keluar seperti,aku sayang sangat kat awak,i love u, rindu sangat kat awak dan macam-macam lagi...(gelinyer)
2)Bila pasangan CLASH, macam -macam kata- kata yang keluar, aku benci dia, i hate u , menyampah, baget, perasan , khianat, curang n sebagainyer

Cuma terfikir, bagi orang yang tengah bercouple, tiba-tiba salah seorang pasangan mendapat hidayah dan mengetahui bercouple itu salah ...SANGGUP kah dia mengucapkan lafaz ..kita terpaksa BERPISAH? kita STOP dulu ye?

Pasti ada yang terluka kalau tidak diselesaikan dengan baik, yang paling teruk lagi berDENDAM dan sumpah menyumpah ...ngerinyer sebuah perhubungan.

Apa ucapan anda andai nak berpisah?
kalau ditanya aku...jawapan aku adalah ..terima kasih kerana mengajar aku erti sedih dan kecewa....

*aku hanyalah cuba memahami perasaan golongan bercouple...
(penulis tidak pernah bercouple)

people don't care how much u know about something, people only care about how much u care about something.

Wednesday, November 10, 2010

"They" need us more than "here" need us


Salam alaik
Bertemu kembali...
Alhamdulillah semalam selesai paper final yang pertama ..Water Flooding @ banjiran air

Niat bukan hendak menceritakan tentang final paper tapi lebih kepada menceritakan perihal korban, bukan berkorban diri tapi korban binatang ternak, bukan berkorban di Malaysia tapi berkorban di Kemboja

Sedikit penceritaan mudahan kalian peroleh pencerahan hati dan minda

Seperti yang kita tahu , muslim di Kemboja adalah minoriti,(minoriti-not a major group)
jadi perkembangan ISLAM disana kurang pantas andai hanya diharap muslim Kemboja sendirian bekerja unutk Islam. Sememangnya slogan "we are brothers and sisters" atau setiap mukmin itu bersaudara terpakai unutk kondisi disini.

Mungkin ramai yang tahu @ ramai yang tidak tahu @ ramai yang buat tak tahu @ ramai yang buat2x tahu.....membantu orang yang sangat2x memerlukan lebih bermakna dari membantu orang yang hanya mahu bantuan



SITUASI DI KEMBOJA

Pengalaman ini aku melihat dengan mata sendiri dan bukan rekaan atau omong kosong, muslim disana sangat jarang makan daging lembu..ada sahabat muslim disana memberitahuku mereka hanya setahun sekali memakan daging lembu...yang pasti PURATA TAHUNAN mereka makan daging jauh lebih rendah berbanding pengamal Islam di Malaysia memakan daging...

Di Malaysia siap boleh pilih menu daging apa hendak makan, daging masak kari? daging masak kicap? daging salai? daging ala malabari? huah...kalau hendak tulis takut terliur pulak nanti. Tapi situasi di Kemboja,kalau dapat makan daging itupun sudah cukup membahagiakan dan mengembirakan, serius bro!

Di Malaysia , menjelang Hari Raya Korban, maka kenyanglah perut peti ais rumah untuk mengisi daging- daging korban yang tiada tara.Jenuhlah si isteri menyumbat daging kedalam bahagian sejuk beku walau sudah penuh tetap disumbat jua..Situasi ini tidak berlaku di Kemboja. Yang berlaku adalah daging tidak cukup unutk dinikmati seisi keluarga..Ya itulah yang berlaku, kalau anda tidak percaya apa yang berlaku, maka sila beli tiket penerbangan ke kemboja dan lihatlah sendiri suasana ini.

Acapkali aku diberitahu untuk tidak bersusah- susah pergi Kemboja, dekat Malaysia pon ramai orang susah juga. Disini aku ingin kemukakan
1)Mukmin itu bersaudara, tidak kiralah di Turmeniskan ker..Kazakstan ker? kalau ada orang muslim yang memerlukan bantuan dan kita yang berada 1000 km jauhnya dan sedar kekurangan mereka, maka "just help them". Jangan terlalu terpengaruh dengan kejayaan Barat yang telah memecahkan negara Islam kepada beberapa negara dan daerah, akhirnya setiap ummat Islam hidup masing-masing di setiap negara, nafsi-nasfi, masing-masing.
2)Charity without boundary, itulah hakikat yang perlu dihadam. Itulah kata-kata (Dr Beulah Rose R. Torres,Bukidnon State University,Filipina),seorang peserta konferen baru-baru ini dan juga seorang aktivis kemanusian.
3)Lebih baik membantu orang yang sangat memerlukan dari membannut orang yang tidak perlukan bantuan, ataupon terlebih bantuan.
4)Kita di Malaysia, ada banyak jabatan Islam boleh jaga kebajikan Ummat Islam yang susah, tapi kalau di Kemboja, siapa lagi yang boleh diharapkan unutk menjaga kebajikan saudara kita? Adakah kita berharapkan penganut Budha untuk membela Islam Kemboja?

Apapon, bantulah sesiapa yang anda suka, yang penting buat sesuatu dari berdiam diri.
Erti memberi dinilai dengan keikhlasan
Erti menerima penuh dengan pengharapan
Wallahualam.......

Tuesday, October 26, 2010

BenarkaH Cemburu yg buta?


Salam alaik…..

Cemburu? Memang ridak boleh dinafikan …ia bukanlah suatu penyakit jika digunakan betul pada tempatnya, sebaliknya ia adalah senjata yang memakan tuan apabila si pengamal gagal mengawalnya. Dari manakah datangnya perasaan ini? Macam mana boleh terjadi?tidakkah anda berasa pelik …anda hanya akan berperasaan cemburu apabila berada bersama dengan orang yang anda kenal?betul kan?

Ada 2 sebab seseorang itu boleh dicemburui

1)Seseorang yang dikenali

2)Seseorang yang memiliki nikmat melebihi orang yang cemburu

Kesimpulannya…adalah mustahil kita mencumburui orang yang tidak dikenali dan adalah mustahil kita mencumburui orang yang tiada kelebihan nikmat berbanding kita………..

Contohnya..

Mustahil untuk seseorang mencumburui kekayaan seorang saudagar di Afrika..(dalam hati mesti berkata..apa guna cemburu)…tentulah sebab kita tidak kenal saudagar tersebut

Contoh yang ke-2

Mustahil untuk seseorang mencumburui seorang peminta sedekah…kerana peminta sedekah itu jauh lebih susah berbanding kita..no point unutk mencumburui…

Itu sahaja….

Friday, October 22, 2010

KITA?

Salam alaik buat pemerhati blogku!

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana memberikan kita peluang untuk hidup...layakkah kita untuk berhidup?
Syukur kerana telah memberikan kita peluang untuk menyaksikan era atau pasca kebangkitan Islam...soalnya bilakah era atau pasca kemenangan Islam?
Sememangnya persoalan bila Islam akan menang sudah menjadi persoalan bukan sahaja dikalangan orang akhir zaman , tetapi didahului oleh para Sahabar Rasulullah s.a.W .
Pokoknya bila Islam akan menang tidak penting ,kerana Islam Pasti menang ,itulah janji Allah s.w.t
Persoalan yang sepatutnya bermain pada fikiran kita adalah apa peranan kita dalam mengisi era atau pasca kebangkitan Islam ini? sampai bila harus menjadi pemerhati.?

Tuesday, October 19, 2010

Dosa Malaya atau Malaysia???

Pertamanya syukur kehadrat Allah s.w.t yang telah mengatur sistem perhubungan bukan sahaje diantara khalik dan makhluk malah diantara sesama insan..Alhamdulillah

Selawat dan Salam keatas junjungan kita Rasulullah s.a.w yang telah menjelmakan perundangan ilahi sebagai kenyataan hingga terbinanya asas sebuah negara Islam besar yang menjangkau dari utara Afrika hingga ke tengah Asia..Alhamdulillah

Suatu sistem perundangan yang disusun begitue rupa oleh kuasa yang tidak berkepentingan terhadapnya sesungguhnya menjamin keadilan kerana keadilan yang dituntut pelaksanaanya itu tidak mempnyai warna, rasa, darjat mahupun keakuan atau peribadi yang terpaksa diutamakan..Alhamdlillah

Sebelum kedatangan orang -orang British di Malaysia didapati bahawa undang-ndang adat , samada dipengaruhi oleh ajaran agama Islam atau tidak adalah menjadi pegangan hidup masyarakat di negeri-negeri yang kini menjadi malaysia.

Pada mulanya adat diikti akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula mengubahsuai supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Cara meyelesaikan perselisihan yang timbul antara undang-undang Islam dan undang-undang adat telah dijelaskan oleh As-Sayuti didalam bukunya Al-Asybah wan Nazair. Kaedah0kaedah yang disebutkan :
1) Adat hanya dikira jika didapati ianya diamalkan berterusan.
2) Jika terdapat perselisihan antara adat dan pendapat agama Islam ,maka adat boleh diikuti, JIKA tidak terdapat hukum didalam Syariah yang JELAS
cth:
Jika A bersumpah bahawa dia tidak mahu makan daging, dia tidak dianggap melanggar sumpahnya jika dia makan ikan, sungguhpon ikan dinamakan daging didalam Al-Quran (16:14)
3) Jika terdapat perselisihan antara adat dan hukum Syara' yang JELAS dan TEPAT , maka hukum syara' haruslah diikuti.
Cth:
Jika A bersumpah bahawa dia tidak akan berkahwin dia akan melanggar sumpah itu hanya apabila dia mengadakan akad nikah dan tidak dengan persetubuhan sahaja.

Dinegeri- negeri di Malaya apabila orang melayu menganuti agama Islam , adat-adat yang lama yang diamalkan oleh mereka telah dibahsuai dengan ajaran Islam.Ini mengambil masa yang lama dan proses perkembangan undang-undang Islam masih berjalan apabila pengaruh British mulai masuk ke negeri-negeri Malaya ketika itu. Proses penyesuaian agama dan adat telah digangg dan telah terbantut oleh pengaruh British.

Tidak syak lagi undang-undang Islam pada akhirnya akan menjadi undang-undang negeri Melayu jika undang-undang Inggeris tidak MENGHALANGINYA.(R.J Wilkisin)

Pengaruh British

Pengaruh British telah mula bertapak di negeri-negeri Melayu melalui penjanjian diantara Raja-raja Melayu . Perjanjian yabg pertama ialah Perjanjian Pangkor 1874 antara Sulatan Perak dan pembesar melayu di Perak. Telah disebutkan dalam perjanjian
"Sultan akan menerima dan menyediakan tempat kediaman untk seorang pegawai British yang diberi nama Resident , yang akan diutuskan kepada Balai Kerajaan Perak dan nasihatnya hendaklah diminta dan diikuti didalam semua perkara selain dari agama dan dat Melayu"
(Perhatikan inilah titik tolak pengasingan agama dengan pentadbiran)

Pada tahun 1875 seorang Resident British telah dihantar ke Selangor. Sultan Selangor telah didorang untk menulis surat meminta pertolongan itu dan 25hb Januari 1875 , Gabenor Negeri-negeri Selat atau ketika dulu aku gelar NNS (time tingkatan 3) telah mengisytiharkan bahawa "Baginda Sultan telah meminta bantan seorang Resident British didalam mentadbir negeri itu dan Gabenor telah berkenan dengan permintaan it"

Selepas itu diikuti oleh negeri Sembilan , negeri Pahang, Kelantan Johor , Kedah dan Perlis...semuanya menerima Resident.(bukan resident evil yer..)

Jelas kite dapat perhatikan perjanjian itu telah mengecualikan agama Islam dan adat melayu dari pengaruh British . Sebaliknya kita dapati British campurtangan dala pentadbiran agama dan undang-undang Islam dinegeri Melayu. Takrif Agama Islam adalah takrif yang sempit, mengikut konsep Kristian (melayu pham lain ...Inggeris pham lain time perjanjian ini barangkali).

Akibatnyer

Pengaruh British, bidangkuasa syariah di negeri Melayu telah disekat. Undang-undang telah dibuat dinegeri-negeri melayu bagi menjalankan pentadbiran undang0undang Inggeris dan menyekat bidangkuasa tuan kadi. Sebelum British +tangan , semua pengadilan adalah dijalankan oleh |Kadi|.

Cth:
Selangor...undang-undang 1885 ,seorang Kadi hanya diberi kuasa unutk menghukum dengan dikenakan bayaran denda yang kemudian 1890, Kadi tidak boleh denda lebih dari $5 dan Kadi Besar tidak boleh denda lebih dari $10.Ape kehenyer yob?

Cth negeriku Perak:
Undang-undang tanah 1898, Kadi diberi kuasa unutk menghukum denda tidak lebih dari $5 dan membicarakan kes-kes sivil tuntutanya tidak lebih dari $125.
Pada mulenyer Kadi dapat menghukum orang BERZINA , tetapi hukuman yang yang boleh dijatuhkan oleh Kadi telah ditetapkan oleh undang-undang negeri ialah denda tidak lebih dari $250 dan hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan.

Apabila orang didapati bersalah dihukum penjara, maka hukuman hendaklah disahkan oleh Majistret dan ada Majistret yang enggan mengkatkadakan hukuman yang dianggap "hanya melanggar undang-undang Islam ". Kes-kes betar telah berpindah dari Mahkamah Kadi ke mahkamah Majistret.

Andai undang-undang Islam hendak dilaksanakan semula , seharusnya masyarakat tidak "PELIK" kerana undang-undang Islam dah lamo doh! dilaksanakan ..ibarat Sirih pulang ke gangang jer..
Sekian sahaja ...sambung balik Projek Sarjan Muda...

ITS NOT AN OPTION..BUT IT IS A MUST

Monday, October 18, 2010

Harvard Case Study.




Exxon mobile and the Chad Cameroon Pipeline

Abstract:


This case presents the dilemma of a multinational oil and gas company, ExxonMobil, as it factors in the ethics issues related to the environment and cultural differences in deciding whether to proceed with building a pipeline in Chad and Cameroon, two of the poorest and most corrupt developing countries in West Africa. The many players in this project included the World Bank, which co-financed the project and put restrictions into place that would hopefully prevent government corruption in both Chad and Cameroon and many environmental and human rights groups that warned of potential disaster. The case also covers the environmental and social analysis of the areas that would be affected by the pipeline.

Itulah tajuk yang dibincangkan pagi tadi, huh walaupun perbincangan dilakukan dalam Bahasa Inggeris , namun semua sahabat sekelasku kelihatan bersemangat take part dalam perbincangan, berebut-rebut hendak menjawab , tidak pernah kulihat situasi se"meriah" begini, syoknyer...
Mungkin sebab , siapa jawab dia dapat markah, maka berebutlah cuba menjawab unutk meraih markah, aku juga turut serta dalam "pertandingan" ini.

Cuma isu yang cuba kuutarakan dikelas adalah Exxon mobile tidak sepatutnya menerima untuk menjalankan talian paip yang membawa minyak kerana:
1) Sepatutnya lebih banyak kajian dilakukan untuk memberi penerangan kepada penduduk asli tentang pemasangan talian paip minyak ini dan seterusnya menilai respon masyarakat samada menerima atau menolak
2)Chad dan Cameroon adalah antara negara yang paling tinggi indeks rasuah didunia juga kelemahan dan ketidak cekapan dari segi urus tadbir. Sekiranya projek ini dijalankan, faedah atau hasil tidak akan disalurkan oleh kerajaan kepada golongan yang sepatutnya, sebaliknya dikhuatiri , wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara sebaliknya digunakan unutk kepentingan peribadi dan kroni..almaklum..corrupt country la katakan...
3)Sepatutnya lebih banyak kajian undang-undang dilakukan oleh Chad dan Cameroon untuk mengelakkan mereka ditipu atau dimanipulasi oleh syarikat minyak asing.
4)Mewujudkan KPI unutk menilai prestasi atau indeks rasuah Chad dan Cameroon samada semakin baik atau lebih parah selepas 2 tahun. Ini bagi membuktikan kedua - dua negara ini mampu membuktikan mereka mampu menguruskan yang hasil saluran minyak digunakan sebaiknya unutk pembangunan negara mereka.

Apabila aku mencadangkan unutk Exxon mobile membuat penanguhan projek ini selama beberapa tahun, hampir keseluruhan warga dewan kuliah termasuk penilai markah ketawa terhadap aku...huhu...dalam saat itu aku berkata ..please let me speak...barulah tenang kembali dewan...cuak jugak aku...

Akhirnya keputusan dewan menerima projek ini tanpa penagguhan, aku akur kepada keputusan itu, tetapi tetap bermain seribu satu persoalan dimindaku...tidak sepatutnya menerima, pasti akan berlaku banyak masalah masa hadapan lagi..

Just sharing kekawan...

People don't care how much you know, people care how much you care about something

Sunday, October 10, 2010

Tertinggal Subuh krn sebuah BAS???

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Sampai jua aku di UTM pada 11/10/10 ,pukul 7.50 pagi....setelah menghadiri 3 walimah di PERAK
Kebiasaannya aku akan tiba pukul 5.40 pagi , tapi entah kenapa perjalanan pulang ku ke UTM lain dari perencanaan kebiasaan, mungkin Allah s.w.t hendak menguji aku barangkali.
Disebabkan berlaku kemalangan di lebuh raya, bas aku terheret sama menimpa musibah iaitu TRAFIK JAM....
Sebaik tiba di Yong Peng pada pukul 5.46 pagi, aku bergegas berjumpa dengan driver untuk bertanyakan soalan
Aku:Pak cik...bas ini lama tak berhenti kat cinie?
Driver:ah....kenapa kamu hendak minum ke?
Aku:erm....(belum sempat aku menjawap)
Driver:owh...kamu hendak sembahyang ....tak masuk lagi waktu...
Aku:berapa minit bas ini hendak berhenti kat cinie?
Driver :30 minit....(driver bercakap tanpa melihat jamnya)
Aku:erm....pukul berapa bas hendak bergerak?
Driver:6.30 pagi bergerak...

(Aku turun dari bas)
Apabila aku mencari surau tetiba jer............
Dalam hatiku( udoh.....tutup pulak....)
Aku memberi tahu pekerja kat Yong Peng yang aku hendak masuk kedalam...tapi dia menyuruh aku pergi tempat lain
Akhirnya seperti biasa ..(peduli apa orang kata) .. aku menolak signboard TUTUP dan menyelinap masuk kedalam...
Selesai solat , aku melihat jam 6.14 pagi....
hatiku berkata..(mustahil bas akan bergerak 6.30 pagi...jadi aku bergegas menuju ke bas ..dan Alhamdulillah , Allah membenarkan sangkaanku...bas hampir hendak bergerak...tidak seperti dijanjikan dahulu iaitu 6.30 pagi baru bergerak...

CUMAAAAA...........
masih ramai MELAYU dalam bas tersebut...tidak pula aku jumpa mereka di surau....
terlepas pandangkah aku?atau melayu didalam bas bukan penganut agama Islam?

(aku masih lemah kerana terlupa mengajak umatmu yang lain untuk mentaatimu...walaupun aku ada juga mengajak seorang hamba Allah kat Yong Peng yang termenung....sengaja aku mengajak dengan bertanya..Abg dah masuk waktu Subuh ker?..walaupan aku mengetahui memang sudah masuk waktu pon...namun tidak pula dia berganjak untuk solat....Ya Allah ..lemahnya helah hambamu ini sehingga tiada siapa terkesan dengan kata-kataku ini...
mungkin inilah orang mengatakan bahawa apabila kata-kata telah hilang rohnya....pedih hatiku bila memikirkan ayat ini....inilah tandanya aku banyak dosa)

TAKUT tertinggal BAS kerana sebuah SOLAT??? atau
Takut tertinggal SOLAT kerana Allah s.w.t???

Cerita ini sengaja aku blogkan ..hanyalah kerana seringkali aku mendengar cerita sahabatku yang TINGGALKAN SOLAT KERANA SEBUAH BAS

ini hanyalah pengalamanku bersama bas ....mungkin ada sahabatku yang lebih banyak pengalaman bersama bas....(mudahan yang membaca peroleh kekuatan walau dimana anda berada) ...

YA ..Allah janganlah engkau tarik roh kata-kataku ini...jangan Ya..Allah ..hambamu ini merayu sangat....please Allah ...please ...

Saturday, October 9, 2010

IUSRC 2010



International University Sosial Reponsibility Conference 2010*4-6 Oktober 2010*PWTC KL



Akhirnya selesai juga konferen yang memakan masa selama 3 hari ini, Alhamdulillah. Inilah kali pertama aku sertai untuk present paper peringkat Antarabangsa. Pada mulanya aku hanya meyangka akan bentang didepan warga Malaysia sahaja. Tapi semuanya berubah sewaktu pendaftaran peserta. Ada peserta dari Filipina ada yang datang dari Ireland ada juga dari Newziland. Wajah ceriaku mula bertukar menjadi cuak, hati berdebar menunggu giliran yang hanya beberapa jam sahaja lagi. Namun Alhamdulillah selepas aku menyaksikan beberapa pembentang sebelum aku, perasaan tenang mula kembali dan menyelinap pada ku tanpa kusedari pada awalnya ..tq Allah s.w.t...


Sewaktu membentangkan kertas kerja, chairperson iaitu Dr. Anizu , seorang yang ku kenali dalam bulan ramadhan yang lepas telah menambahkan ketenangan ku ..tq Allah s.w.t sekali lagi...


Sewaktu memulakan pembentangan seorang demi seorang mula memenuhkan ruang konferen , ada yang berkulit sawo matang , ada yang berkulit kuning dan ada yang berkulit putih..semuanya tidak sedikit pun menambahkan kerisauanku...tq Allah s.w.t skali lagi

Apabilaku telah selesai pembentangan tentang program kemasyarakatan di Kemboja sempena program KEMBARA KASIH (KEKASIH'09) , ku menyangkakan tiada audien yang ingin bertanyakan soalan . Tetapi semuanya berubah apabila pertanyaan soalan dimulai oleh chairperson

Chairperson: How did you manage to brought cow to be slaughter at Cambodia?
Aku: Well as you can see, we had done promotion 3 month before Hari Raya AidilAdha. Along this promotion we had seek for interview at IKIM.fm , me as the Director of KEKASIH'09 had be given this opportunity to be interviewed live on air about 30 minute..such a precious moment .
After that interview , i received a lots of phone calls from unknown people saying that they would like to contribute money and stuff to this program. That was among the absolute opportunity that we had used it wisely..Alhamdulillah...
That money we brought to Cambodia and organize with some authority people at Cambodia and manage to slaughter 13 cows . People at Cambodia (Muslim) are still suffering , they only could eat meat once in a year (only if they are lucky enough) .
Comparing to Malaysian people , if they want to eat , they just could get it whenever they want to.
(At that time all the audience give their full sense toward me)

Selepas aku menjawab pertanyaan tersebut, maka bertubi - tubi soalan aku terima , ada yang belum sempat si petanya A betanya , Si petanya B sudah mengangkat tangan dan ada ketika aku belum habis menjawab ada Si petanya C yang belum aku beri laluan untuk bertanya telah bersuara......Barangkali dalam hatiku inikah Konferen???(matilah ginie)...

Di saat pertanyaan spontan mereka inilah, kepantasan dan kebolehanku untuk memberi respon mula teruji. Alhamdulillah , pengalamanku selama menguruskan KEKASIH'09 telah membantuku menjawab. Aku menjawab berdasarkan pengalaman dan pengamatanku sepanjang seminggu di bumi Kemboja . Rata- rata bertanya soalan tentang bagaimana kesusahan orang Kemboja......sepanjang aku menerangkan realiti kehidupan muslim Kemboja aku tayangkan juga slaid- slaid gambar Kemboja..(picture spoke for the word)..mudahlah sedikit hendak fahamkan mereka.
(gambar sebahagian audien yang mendengar, yang selebihnya audien pergi ke sesi lain untuk sambung mendengar pembentangan seterusnya)

Sedar tidak sedar , hampir 1 jam lebih aku berdiri menjawab pertanyaan mereka.

tq Allah s.w.t for helping me to help others.

Sunday, October 3, 2010

Kemana hilangnya roh haji?








Kalimah Talbiah sayup kedengaran apabila ada kursus Haji dilaksanakan di UTM baru - baru ini. Juga apabila mendegar bab haji, maka Tabung Haji yang biasa main peranan dalam perihal ibadah ini.Cuma terdetik di hati, kemana hilangnya roh haji yang sebenarnya?iaitu sebagai egen penyatuan.


Kalimah ‘talbiyah’ ; ‘LabbaikAllahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaik, innalhamda, wani’mata, laka wal mulk, laa syariika lak’.

(Ya Allah, hari ini kami datang kepadaMu, menyahut panggilanMu, Kami datang kepadaMu. Segala puji bagiMu dan nikmatMu, dan Engkau pemilik kerajaan ini. Tiada syirik bagiMu)

“Talbiyyah” bukan hanya pernyataan lisan. Ianya komitmen bulat kepada Allah, menolak segala kuasa dunia yang menghalang perjalanan seorang insan menuju Allah.

Menjadikan Islam hanya dalam bentuk adat resam (ritual) telah menyebabkan kedudukan kaum Muslimin sangat lemah. Dengan menumpukan kepada peribadatan ritual telah menyebabkan umat Islam merasa bahawa itu sahajalah yang perlu mereka lakukan.



Ibadah Haji adalah jauh lebih kuat perhubungannya dengan Allah S.W.T. Allah sendiri telah menentukan perbuatan dan perkataan serta masa dan tempat yang perlu dilakukan ketika menunaikan Haji. Ia adalah jemputan khas dari Allah kepada hambaNya agar mengembara menuju ke RumahNya.

Haji juga adalah perhimpunan tahunan umat Islam. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesatuan ummah. Ketika menunaikan Haji seharusnya ahli jamaah Haji saling mengenali dan mengambil tahu antara satu sama lain . Kehadhiran umat Islam dari seluruh pelusuk dunia tiada tandingnya dengan mana-mana perhimpunan dunia. Sayangnya ketika umat Islam selesai menunaikan segala rukun Haji , nyata sekali ramai yang tidak mengambil tahu nasib dan keadaan saudara-saudaranya yang tertindas di negara yang lain. Haji merupakan kesempatan yang terbaik untuk umat berbincang mengenai nasib dan penderitaan saudara-saudaranya. Namun ternyata ini tidak berlaku.


Kesengsaraan penduduk Palestin dan pendudukan al-Quds yang berterusan oleh Zionis, jenayah kejam di Iraq, Afrghanistan, Kashmir dan Chechnya, dan kezaliman lain di mana-mana sahaja, adalah alasan yang kuat kenapa menjadikan Haji sebagai pertemuan untuk menggerakkan umat Islam menentang musuh Islam dan ummah.

Mekah adalah enjin, Al-Quran dan Sunnah adalah cetusan api, dan umat Islam yang menunaikan haji merupakan piston yang mencetuskan api dalam bentuk gerakan menentang kuasa rasuah, penindasan, penjajahan, zionisme, materialisme, militarisme, korporatisme, atheisme dan segala jenayah terancang yang berleluasa sekarang ini.

Adakah umat Islam sanggup untuk mengubah semua ini atau adakah mereka mahu terus berpuas hati dengan tidak mempedulikan aspek Haji yang paling penting ini.


Harapanku semoga para kursus haji mendapat ROH HAJI yang sebenarnya dan bukannya title Pak haji yang dikejar dan dicari semata-mata...