Sunday, July 4, 2010

SeloKA aURaT


SELOKA AURAT”

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati…

hehe..sekadar kongsi..ambik je...sebarkn..

Friday, June 18, 2010

Nasi Kukus -KEMAMAN MARiiii


"Murah-murah" kata penjual nasi kukus ini...ditambah pula dengan kata"beli cepat nanti habis".
Dalam hatiku berkata "ini taktik berniaga sahaja ini"
Nampak macam sodapp sahaja..tanpa berfikir panjang akupun menghulurkan RM3.50 untuk menikmati juadah yang sekarang ini sudah macam ketagih hendak makan nasi kukus ini.Tidak menyesal punya.....sedar atau tidak sudah hampir 8 minggu ku jalani latihan industri bersama nasi kukus ini diwaktu ditengahari...haha
(nasi kukus=nasi kukus + ayam +sambal+kari+timun)

Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang


Tahniah Abg Ja...Semoga berbahagia..itulah ucapan yang ku ucapkan pada pengantin baru ini sewaktu baru bersua. Abg Ja dengan tersenyum girang menyambut kedatangan kami yang agak lewat lantaran sesat larat walaupun berbekalkan peta, almaklum saya bukan orang Kelantan.Apa yang saya dapati di Kelantan adalah masyarakat disana suka memasak gulai kari daging sebagai menu hidangan pada tetamu,seolah-olah hidangan wajib.
Disini saya ingin bawakan masalah wanita sekarang yang suka sangat kahwin lambat dengan alasan kErJaYa. Anda boleh terima alasan ini? Saya tidak boleh terima,terpulanglah pada orang lain keran bagi saya tujuan atau hikmah kahwin .
Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri tanpa suami, ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga.
Kepada individu, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah. Janganlah tuntutan agama ini ditangguh-tangguh demi untuk mendapatkan keseronokan hidup membujang yang tidak akan ada penghujungnya. Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan sopan agar jodoh itu dipertemukan.
Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyeru agar semua rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda. Ini kerana terbukti bahawa dalam sesetengah keadaan, penangguhan perkahwinan tidak dapat dielakkan. Misalnya, ketika melanjutkan pelajaran atau ketika menanggung keluarga. Sebaliknya, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan beberapa pihak tentang beberapa perkara.
Apapun..jangan tunggu lama-lama....nanti dikebas orang

Wednesday, June 16, 2010

Aku Bicara orang MURTAD di MALAYSIA


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam
keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali
kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana
warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar
agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.

Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang
sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara
rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi
parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum
syara'.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan
nyawa sekalipun

Senjaga aku lembarkan tajuk ini kerana kuliah maghrib yang aku hadiri tadi meyentuh tentang perihal murtad.murtad merupakan kemuncak kepada masalah gejala sosial,iaitu apabila telah melakukan minum arak,berjudi,berzina dan akhir sekali seseorang akan membuang agama, iaitu murtad.

nota kaki:perlembagaan Malaysia masih lagi mengguna pakai sebahagian hasil kerja Suruhanjaya REID

Saturday, May 15, 2010

Hari-hariku waktu Latihan Industri 1



15 May 2010 adalah tarikh dimana diadakan perlawanan Bowling antara staf dan pelajar praktikal bagi Oil Base Mud Terminal,SCOMI. Bermula pada pukul 11 pg dan berakhir pada pkul 1 tengahari. Peserta dibahagi kepada 4 kumpulan dan saya berada dalam kumpulan yang ke-3 iaitu kumpulan c. Walaupun saya tidak hebat mana tapi , Alhamdulillah dapat ahli kumpulan yang mantop...akhirnya kumpulan saya berjaya memperoleh tempat ke -2 .Apa yang best adalah saya mendapat voucher sebanyak RM50 untuk belian di kedai al-IKHSAN.
Walaupun penat tapi BEST.

Sunday, April 18, 2010

REZEKI


Tahniah buat adik-adik yang telah mendapat keputusan SPM. Tidak kiralah yang mendapat keputusan cemerlang, sederhana mahupun yang kurang bernasib baik. Semuanya telah tertulis. Bersyukurlah. Jangan dikesali akan takdir. Sebaliknya, terus berusaha. SPM bukanlah paling penting untuk mencorak kehidupan, hanyalah penentuan untuk meneruskan langkah. Kadang rezeki Allah itu diberikan kepada kita tanpa disangka-sangka. Percayalah dengan rezeki Allah.
:::SEGALANYA MASIH BELUM TERLAMBAT:::

Good Samaritan laws


Good Samaritan laws are laws or acts protecting from liability those who choose to aid others who are injured or ill. They are intended to reduce bystanders' hesitation to assist, for fear of being sued or prosecuted for unintentional injury or wrongful death. Good Samaritan doctrine is a legal principle that prevents a rescuer who has voluntarily helped a victim in distress from being successfully sued for 'wrongdoing'. Its purpose is to keep people from being reluctant to help a stranger in need for fear of legal repercussions if they were to make some mistake in treatment. Good Samaritan laws vary from jurisdiction to jurisdiction, as will their interactions with various other legal principles, such as consent, parental rights and the right to refuse treatment.

Sunday, March 28, 2010

KE"MALANG"AN UMAT ISLAM

Sebelum menjelangnya bulan April elok rasanya saya mengingatkan diri saya dan sahabat tentang "udang disebalik mee" sambutan April Fool...sebelum kita mem"fool"kan umat Islam silam di Sepanyol....
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Tolong jangan sambut kalau anda masih punya rasa SAYANG pada umat Islam. Sambutan ini seolah-olah anda memperbodohkan hari malang umat Islam yang tertipu akan tawaran SELAMAT kepada mereka...

THINK BEFORE YOU ACT...IF NOT YOU ARE BRAINLESS

Malam pertama bersama KEKASIH

PENGANTIN...
Untuk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Thursday, March 25, 2010

Kegunaan Kamera Handphone

Hmm...di dalam kelas, cikgu kena hati-hati dan berwaspada bila nak hukum pelajar, sebaba ada 'CCTV' macam dalam gamabr di atas. So, suka hatilah pelajar di sekolah. Tak buat kerja sekolah, buat salah dalam kelas, cikgu tak boleh nak hukum. Apa nak jadi sekarang ni.

Tuesday, March 23, 2010

DOSA zina akan berterusan walaupun sudah di IJABKABULkan

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

Sunday, March 21, 2010

We can judge a book by its cover in certain cases

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Jom Blajo Bahase Perak







A

1. Ate = (habis tu/abis tu)
= cth ayat : “ate(habis tu ) biler lagi nak bersiapnyer… .daghi tidak idok ngomben2?”

B

1. Berdamor = bersepai
= cth ayat : “miker tughun bukit tu jangan laju sesangat….ka ghang jatuh
tersembam,berdamor muker”

2. Bolen = bogel
= cth ayat : “ater ngaper mandi bolen…..kang cagut dek lintoh kang”

3. Bantei = hentam/pukul/belasah
= cth ayat : “kamu jgn buat pasei ngan dia….kang di bantei nyer kamu”
“payoh benor soalan ni…..bantei jer lah”

4. Bertohor = berlapar / menahan diri daripada makan
= cth ayat :“lakse lubok punyer pasei…aku sanggup bertohor tgh hari nieh”

5. bengkin/bengkeng/bengken = garang
= cth ayat:”ngaper bengken benor kamu ngan bebudok tu mat”

6. Bulor = luntur/lusuh
= cth ayat :”lame benor aku tak pake baju nih…..udoh bulor kalanyer”

7.Bejeghaib = mcm hampir2 melekat
= cth ayat : “ngantuk benor aku malam ni….udoh bejeghaib mata aku ni ha”
” ater ngaper dibiorkan lama….udoh bejeghaib getoh sekerap tu”

8. Biut = degil
= cth ayat : ” kamu ni aku bantei kaghang…..ng aper biut benor”

9. Bejobon2 = berlongok2
= cth ayat : “udoh seminggu baju kamu tak basuh……tu berjobon2 dalam bilik tu”

10 Besit = sebat
= cth ayat : “kamu mengkalu malam ni monteng ngaji…..aboh besit kamu”

C

1. ceghun-ceghin = badan rasa mcm nak deman
= cth ayat : “lain mcm benor paneih hari ni….badan aku dah rasa ceghun ceghin dah ni”

4GAZA

Sunday, March 14, 2010

Project Review Meetings- COCOS ISLAND-KTDI



Baju sahaja meeting COCOS ISLAND iaitu program Kolej Tun DR. Ismail yang akan berlangsung sem depan di Australia. Baget sebanyak RM140,000.00. Saya sering mengingatkan banyak kali kepada team COCOS supaya tidak berputus asa dalam mencari penajaan, dengan status sebagai pelajar macam mana hendak membahagi masa dengan terlibat pula program yang besar dan berimpak tinggi.Persoalan seringku lontarkan kepada team COCOS akan dengan sikap mereka mustahil unutk mencapai RM140,00.00. Saya memang suka melontarkan persoalan supaya setiap orang berfkir sedikit dan sedar dimana kedudukan atau keadaan program sebenarnya. Dalam jangkamasa yang singkat ini sememangnya memerlukan komitmen ahli yang tidak berbelah bahagi

Jadi pada 14/3/2010 adalah tarikh dimana Program Review Meeting dilakukan bagi COCOS TEAM
The reason is to identify where the project is deviating from the plan so corrective action can quickly be taken
Meeting focus on:
1)Current problems with the work,schedule or costs and how they should be resolved.
2)Problems likely to arise in the future.
3)Opportunity to improve projects performance

Selepas malam itu saya lihat ramai ahli yang seolah-olah mula sedar keadaan diri dan ramai juga yang berjanji unutk merubah diri dan cuba memberi komitment yang terbaik untuk COCOS.
NEVER TOO LATE FOR CHANGES

Friday, March 12, 2010

Saat Aku bermohon dan meminta

"Qadaq tidak dapat ditolak melainkan dengan doa"
[Riwayat Ahmad, Ibn Majah]

"Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku.Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa "
[Riwayat Al-Hakim]

Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa Allah akan menentukan kebaikan.
Dia menetukan dengan ada sebabnya.
Demikian juga keburukan.
Allah tetapkan untuk mengangkat keburukan itu atas sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya doa itu sendiri sebahagian daripada Qadak ketentuan Allah, kerana doa adalah penyebab kepada terangkatnya bala bencana.

Allah menentukan kebaikan dengan bersebab.
Begitu juga Allah mengangkat keburukan dan bala bencana dengan adanya sebab.

sebab dan musabab itu berlaku menurut ketentuan qadak Allah.


Saat aku memohon dan meminta sengaja kupilih sebagai tajuk kerana ini mengambarkan keadaan yang sangat-sangat kita harap untuk elakkan atau sangat-sangat diharapkan unutk berlaku.
Terkadang dalam hidup ini kita kadangkala akan berhadapan dengan musibah, tapi tidak semestinya kita tidak mampu unutk mengelaknya, Allah mengurniakan senjata yang paling hebat iaitu DOA. Apabila kita berdoa untuk meminta sesuatu ketahuilah bahawa Allah memang hendak memberi kita apa yang kita pinta kerana Allah mentakdirkan kita ,Allah mentakdirkan lidah kita untuk meminta ,Allah mentakdirkan tangan kita untuk memanjat seribu pohon permintaan....

Sememangnya Allah s.w.t hendak beri dan tunaikan permintaan hambanya

The oldest railway bridge in Malaya is the Victoria Bridge in Karai


Karai adalah sebuah pekan kecil yang terletak 20 kilometer dari Kuala Kangsar,PERAK dan berhampiran dengan Kampung Enggor iaitu tempat tinggalku. Jambatan Victoria dibina pada tahun 1897 yang mana adalah jambatan yang paling maju di pantai barat dari sudut kejuruteraan pada masa ITU.Dibuka secara rasmi pada 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Shah I and " British's Federated Malay States Residents-General Sir Frank Swettenham".


Apa yang menarik yang ingin kukongsi adalah kehidupan masyarakat Karai banyak dipengaruhi oleh jambatan ini dari dulu sampai sekarang. Jambatan ini menghubungkan Kampung Karai dengan Kampung Jamuan, iaitu kampung kedua-dua datukku tinggal. Setiap kali saya menaiki motor dan apabila bertembung dengan motor yang lain pasti salah satu pihak kena berhenti disebabkan jalan yang sempit.Secara tidak langsung boleh rapatkan hubungan dengan orang kampung. Laluan motor adalah agak licin apabila hujan kerana jalan ini diperbuat daripada besi,(basah sikit alamatnya licinlah) silap haribulan boleh tersungkur sebab jalan licin dan jatuh ke sungai terus. Ngeri betul kalau betul-betul berlaku.Terkadang kakiku seringkali terkena ekzos motor orang lain kerana ruang yang sempit.Tapi apa boleh buat, senyum jela... Tempat ini memang digemari oleh kaki pancing kerana terkenal dengan nama lubuk mat anjing .Apapun Karai memang penuh sejarah.
Jom melawat Karai!




Reason behind the oil price rise currently

Kali ini adalah perkongsian tentang kenaikan harga minyak dunia yang dijangka akan meningkat lagi minggu depan.Memandangkan saya adalah pelajar Kejuruteraan Petroleum, tergerak dan tertarik untuk sama-sama menjelaskan segala permasalahan khusunya perkara yang berkait dengan bidang yang diambil. Sememangnya kenaikan atau penurunan hagra minyak sehingga kini tiada sesiapapun yang mampu meramal dengan tepat hatta seorang pakar ekonomi sekalipun kerana harga minyak bergantung kepada suasana atau keadaan semasa dunia(current issues). Jadi sesiapa yang mampu meramal masa depan bermakna mampu meramal harga minyak dunia.
Bagi pembaca yang cakna akan keadaan harga minyak , minggu ini telah berlaku peningkatan yang drastik kerana:

1)Berlaku permintaan(oil demand) yang tinggi di bahagian hemisfera utara dunia

2)Rampasan tangki minyak Arab Saudi di Teluk Aden oleh lanun, jadi menimbulkan kebimbangan kepada pelabur.

3)Amerika Syarikat melakukan pilihanraya parlimen IRAQ pada 7 mac lalu.

Jadi isu-isu ini menyebabkan kebimbangan kepada pelabur dan mendorong mereka menarik pelaburan dan meyebabkan kenaikan harga minyak.
Seharusnya kita mengetahui keadaan yang baik boleh berubah kepada malapetaka dan sememangnya tidak boleh dielak walaupun dengan perancangan yang rapi.

Kita merancang dan Allah s.w.t juga merancang, tapi ketahuilah sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t

Thursday, March 4, 2010

Mahasiswa dan PONTENG....


Salam Maulidur Rasul..Sedar atau tidak.....dalam kita menyambut Maulidur Rasul....jarak kewafatan Rasulullah s.a.w dengan masa ..semakin hari semakin jauh. Adakah ini bermakna penganut Islam jua semakin jauh dari Rasulullah??? Harapnya tidak.Isu kali ini adalah mahasiwa dan PONTENG. Ponteng disini adalah ponteng solat JUMAAT dan bukannya ponteng kuliah walaupun perkara ini kerap dilakukan mahasiswa.Kalau kita ponteng kuliah pensyarah marah, tapi kalau ponteng JUMAAT ...Allah s.w.t yang murka. Ingatlah marah makhluk tidak sama dengan marah PENCIPTA. Kalau kita ponteng kuliah mungkin akan dimarah atau ditegur ..tapi ponteng solat JUMAAT ...azab neraka menanti. Isu ini adalah isu berat dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Sememangnya tugas sebagai MAHASISWA memang meletihkan namun ia bukan alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t. .Kalau solat seminggu sekalipun dah tak larat nak tunaikan ,apatah lagi solat wajib 5 kali sehari.Sebagaimana di sebut di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (Ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"

Ingatlah bahawa solat Jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dengan berjemaah.Cuba kita renungkan sejenak, andaikata kita telah keluar dari alam universiti. Apakah kita menyangkakan dengan segulung ijazah yang cemerlang kita akan mendapat kerja yang berkat? Tujuan hidup hanyalah mencari keredhaan ILAHI.Andaikata kita mendapat kerja yang baik dan berjawatan tinggi ,Alhamdulillah..tapi takut-takut ini hanyalah ujian Allah untuk menjauhkan kita dengan ISLAM ataupun dipanggil ISTIDRAJ.

Ayuhlah mahasiswa ...bangunlah dari lamunan yang penuh tipu daya
Semoga Allah s.w.t tidak memasukkan saya kedalam neraka dengan kata- kata dan tulisan saya kerana yang paling ku takuti ialah takut-takut dalam berdakwah ...tapi akhirnya mengundang kemurkaan Allah s.w.t
Ingatlah.....peganglah.....yakinlah.....

INGAT ALLAH S.W.T WAKTU KITA SENANG ,NESCAYA ALLAH S.W.T INGAT KITA WAKTU KITA SUSAH

Wednesday, February 17, 2010

Mahasiswa dan Surah 'Abasa


As-syahid Syed Qutb Rahimahullah dalam karya agungnya Tafsir Fi Zilal Quran menceritakan asbabun nuzul (sebab turun ayat) surah 'Abasa:

Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu tidaklah dapat melihat Rasulullah s.a.w. yang memasamkan muka kepadanya semasa baginda asyik memberi tumpuan kepada golongan pembesar Arab Quraisy yang menjadi target "back bone" dalam menegakkan Daulah Islamiah di Madinah.

Rasulullah s.a.w. tidak silap dalam meletakkan aulawiyyat, memilih sasaran dakwah dikalangan mereka yang tegap ekonomi dan kuasa mereka, namun Allah tetap juga menegur baginda yang seolah terlupa kepada Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang punya ketulusan hati untuk berjumpa dengan baginda.


Kelihatan remeh

Peristiwa ini kelihatannya seperti kecil dan remeh sahaja, tidaklah sehebat kisah peperangan Badar atau segemilang peristiwa pembukaan Makkah. Namun sekecil apa pun yang dinukilkan Allah taala dalam firmanNya, tetap mempunyai hikmah yang begitu agung. Allah taala mengungkap dalam bentuk singgungan secara sinis tetapi telus.

Tanpa selindung lagi, Rasulullah s.a.w. ditegur sebagai ingatan yang berkekalan buat diri baginda dan ummatnya. Ingatan buat pengikut setia yang juga bakal meneruskan tugas dakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. Ternyata impak dari peristiwa ini cukup besar.

Peristiwa ini memberi petunjuk samada di sudut akhlak, pendekatan dan strategi dakwah dalam pembinaan ummah dan negara islam itu sendiri.

Surah yang dirakam secara "gentleman" begitu rupa, zahirnya seolah bakal mencalar imej dan reputasi Rasulullah s.a.w. Namun pengajarannya itulah yang perlu dihirup sepenuhnya. Terutama kepada penerus risalah agung ini seperti pimpinan gerakan islam mahupun pimpinan negara, wajar sekali membuat penelitian dalam mengambil kira sasaran dakwah tanpa memilih bulu.

Tiada siapa nafikan, "pendedahan berani" dalam surah ini begitu berat untuk ditanggung jika ianya berlaku kepada kita yang berjiwa kerdil ini. Ianya ditayangkan sepanjang zaman, dibaca sepanjang zaman dan diperdengarkan kepada orang ramai di sepanjang zaman.

Namun bagi Rasulullah s.a.w. yang berjiwa besar itu, sudah tentu baginda pasrah dan redha terhadap teguran Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang. Baginda sangat berkeyakinan Al-Quran itu tidak lain adalah pedoman kepada umat baginda jua.

Inilah juga bukti kasih sayang Allah taala yang saban hari terus menerus mengetuk hati nurani insan. Betapa perlunya bashirah atau celik hati nurani ini dibuka dan disingkap hijabnya untuk memahami, mengingati dan menyedarkan kita terhadap isi kandungan al-Quran.

Kesilapan sendiri

Juga membuktikan Al-Quran bukanlah ciptaan baginda. Mana mungkin seorang penulis akan menulis kesilapan diri sendiri secara terbuka dan terus terang begitu.

Untuk apa surah ini perlu direnungi sedalamnya? Sudah tentulah hikmah Allah Taala menggambarkan peristiwa setelus ini menuntut pemerhatian mendalam kepada kita semua dalam mengharungi perjuangan islam yang penuh simpang siur ini.

Sememangnya manusia mudah dan cepat terkesan dengan kehebatan dan kekuasaan yang tiba-tiba terjongol di depan mata. Pembesar mana yang tidak teruja apabila dapat berjumpa dengan pembesar yang lain? Dan pembesar mana yang begitu betah untuk melayan anak-anak mentah dan budak-budak hingusan?

Lantas mereka sering memandang remeh dan enteng sesuatu yang dikira masih jauh dan mentah. Kelompok pimpinan negeri mahupun negara merasakan kuasa dan jawatan dalam pemerintahan mereka adalah suatu singgahsana yang begitu gah dan menawan hati.

Telahan mudah kepada mereka ini: "Mungkin mereka mengagak, dengan mengendung kuasa, mereka dapat membuat perubahan dengan menukar sistem, undang-undang dan polisi negara." Ya, kelihatan ada benarnya.

Namun barang diingat, kelangsungan mana-mana sistem dan polisi negara amat bergantung kepada penggerak dan pendokongnya. Siapakah lagi penggerak dan pendokongnya yang paling ampuh dan diharapkan kalau bukan anak muda yang berpendidikan?

Kepimpinan kelompok mahasiswa

Mutakhir ini, kelihatan jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja kelompok mahasiswa ini diberi perhatian dan dibangunkan kepimpinan mereka. Mahasiswa kini seakan diabaikan, kehilangan punca, semakin lesu dan dinafikan suara dan jeritan mereka.

Di pihak Aspirasi pula, mereka terlalu dimanjakan dan disesatkan arah tuju perjuangan tulen mereka oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Seakan lembu yang diikat hidungnya layaknya. Peruntukan KPT dihambur sesuka hati walaupun untuk projek pesta-pestaan.

Satu pihak diabaikan dan satu pihak disesatkan!

Soalnya, di manakah pula kecacatan anggota fizikal mahasiswa sehingga mereka juga tiada tempat dalam senarai keutamaan kelompok pimpinan? Mahasiswa tidak dipandang walaupun dengan sebelah mata. Isu-isu kebajikan mereka seperti biasiswa, PTPTN, Pilihan Raya Kampus, AUKU begitu menekan alam kampus. Apatah lagi isu kepimpinan dan daya juang yang semakin terperosok, hilang arah, tidak diketahui hujung pangkalnya.

Adakah masyarakat negara ini dapat merasai kehadiran dan kepimpinan mahasiswa? Kalau setakat terpegun dan puas dengan program baktisiswa, keluarga angkat yang dah lapuk itu, manakan mampu mungubah landskap kepimpinan negara. Malah mereka kerap sekali dimomokkan dengan masalah-masalah sosial dan pembawa masalah kepada masyarakat.

Mahasiswa adalah sasaran itu. Ya, mereka adalah kelompok yang tidak dbela kerana dilihat masih mentah dan belum diketahui bagaimana masa depan dan hasilnya nanti. Sedangkan suatu ketika dahulu, (biarlah, orang nak kata mengungkit) ketika sesetengah kelompok pimpinan pembangkang pernah ditimpa hiba, duka nestapa, ramai juga dikalangan mahasiswa yang tampil membela di jalanan, menjerit erti keadilan dan menyanggah kezaliman.

Memang manusia yang singkat akal budinya mudah tersilau dengan tahta yang segera dan mereka tidak begitu sabar untuk menghayun buaian seorang bayi kerana ianya amat memenatkan malah cukup melecehkan.

Menghisab kebenaran

Ada kalangan teman-teman mahasiswa bertanya soalan yang kelihatan main-main tapi wajar juga dihisab kebenarannya, mengapa tuntutan untuk memenangi pilihanraya kecil lebih kuat pekikannya berbanding usaha bersungguh untuk membina dan membela jenerasi pelapis yang bakal menggegarkan negara suatu hari nanti?

Masing-masing berhak memberi jawapan yang berbeza.

Apa pun jawapannya, jika ketidakpedulian sejenak Rasulullah s.a.w. terhadap Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu pun ditegur Allah taala!

Apakah "pimpinan" yang jelas mengabaikan nasib mahasiswa kini tidak akan ditegur Allah taala di akhirat nanti?

Tak salah sesekali muhasabah diri. _

Wednesday, December 9, 2009

Petikan dari Berita Harian pada 10/12/2009-Syazwan masuk paper BH

MOHAMAD SYAZWAN menadah air yang dipam dari perigi dibina pelajar UTM di Kampung Chnnang, Kemboja, baru-baru ini.

Pelajar UTM beri sumbangan, laksana program kemasyarakatan di Kemboja

PELAJAR Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorbankan 13 ekor lembu sumbangan pelbagai pihak untuk diagihkan kepada masyarakat Islam di Kemboja sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Pengarah program berkenaan, Mohamad Syazwan Padzir, berkata daging korban itu diberikan kepada kira-kira 250 keluarga muslim di Kampung Chnnang dan kawasan sekitar Siem Reap.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menganjurkan majlis berkhatan membabitkan 137 kanak-kanak yang disempurnakan empat kakitangan perubatan Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM.

Program dikenali sebagai Kembara Kasih anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Dr Ismail dianggotai 22 mahasiswa dan 11 kakitangan itu antara lain bertujuan berbakti dan menjalinkan hubungan persaudaraan dengan masyarakat Islam di Kemboja.

“Di samping itu, kami turut menyampaikan pakaian, al-Quran, telekung, beras dan makanan sumbangan orang ramai berjumlah RM50,000,” katanya.


Mohamad Syazwan berkata, pihaknya juga berada seminggu lebih awal di kampung terbabit bagi membina masing-masing 10 perigi dan tandas.

“Kami juga menyerahkan tiga generator untuk membekalkan elektrik ke rumah penduduk di kampung terbabit.

“Kerja gotong-royong bersama penduduk turut diadakan, selain menganjurkan kelas Iqra membabitkan lebih 80 orang kanak-kanak dan mualaf yang dikendalikan pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kebajikan Kemboja, Ismail Osman, mengalu-alukan kedatangan mahasiswa UTM dan menghargai sumbangan yang diberikan.

Beliau yang juga penaung Persatuan Persaudaraan dan Pembangunan Islam Kemboja turut menjadikan kediamannya di Kampung Chnnang sebagai penginapan sementara pelajar universiti itu ketika melaksanakan program berkenaan.

Tuesday, December 8, 2009

DOA IMAM BESAR MEKAH ...BELIAU DITANGKAP SESUDAH MEMBACA DOA INI




Doa Imam besar Mekah hingga menangis…Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut … semuga ALLAH menetapkan Imannya.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman “Faajirin”, Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan … Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran … Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: “Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu”, Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, … Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal ‘alamin!

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT....

Wednesday, October 21, 2009

Motor oh....motor

Nie motok ku....
memang banyak jasanya kepada ku...
motor nie memang kuat...
kuat pau duit ak...
kuat makan minyak...
kuat makan tuty...
kuat meragam ....kalau dah lama tak layan
pening2x...
rasenye dah tiba masa unutk perubahan motor....
rasenye dh tiba masa unutk ku ucap selamat tinggal...
tp apakan daya duit plak tak cukup beli motor lain

Saturday, October 10, 2009

JARAK'09

SEMUA WARGA PERAK UTM DIJEMPUT HADIR
Jom Yob dan Yong ...kite pakat mai rame-rame

Sunday, October 4, 2009

Lawatan ke The Royal University of Phnom Penh


Lawatan ke Muzium Kemboja


Gajah kat belakang tue diam jer

Percik baik punyer

Erm...sekali tengok macam 'ayam percik' tapi rupenyer KATAK percik
nasib baik saya tak makan

Misi Kemanusiaan Di Kemboja

Masjid Terapung Kemboja
Berwudhuk di 'Masjid Terapung Kemboja'


Sumbangan Perigi yang dibina


'Van' di Kemboja



Pengalaman menaiki 'Rea Mok'