Monday, December 24, 2012
Semua & Setiap Perkara Dalam Pemerhatian Allah s.w.t
Saturday, March 10, 2012
Terkadang Kita Diuji!!!
Kadangkala, kita DIUJI dengan perangai manusia..kita bertanya diri :
"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"
► Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita.
...
► Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..hanya Dia.
Thursday, September 8, 2011
AMARAN!!!Jangan Hilangkan Pen
Hilang pen - tak boleh wat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - gagal SPM
gagal SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
#WARNING# - jangan hilang Pen !! =.=
Wednesday, September 7, 2011
Sejarah pon ada sifir???
" Mari kita main sifir sejarah: Jawablah dengan semangat patriotik dan hati ikhlas.
1) Apakah gelaran untuk polis( mata-mata) yang tangkap Tok Janggut ?
2) Apakah gelaran untuk polis yang pasang tali di tengkuk leher Tok Janggut semasa hukuman gantung?
3) Apakah gelaran untuk polis yang arak dan gantung jenazah Tok Janggut di Padang Merdeka?
4) Apakah gelaran untuk polis yang tangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan beliau dibuang ke Mekah hingga meninggal di sana?
5) Apakah gelaran polis yang membunuh pejuang Terengganu di Padang Kachong, Telemong?
6) Apakah gelaran polis yang tangkap Rosli Dhobie di Sarawak dan gantung beliau?
7) Apakah gelaran polis yang tangkap Datuk Maharaja Lela dan Sipintul yang membunuh Ketua Penjajah British JWW Birch di Perak?
Jika ahli keluarga polis terasa hati dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana perasaan keluarga Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Mat Kilau, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah ?
Tugas kita yang masih hidup ialah berdoa moga-moga Allah Taala ampuni mereka semua dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. "
Saturday, September 3, 2011
Kanak-kanak era 80/90 an dulu....:)
Kanak-kanak yang lahir pada era 80/90an mesti ingat mase sekolah rendah dulu: -
* Dekat sekolah ade salesman jual buku cerita.... hari ini bagi list,... esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. * kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... * main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... * Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan-kawan
Friday, August 26, 2011
Senario RAMADHAN di MALAYSIA
Belalang: Silakn Nujum Masai.
Nujum:Apakah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kadang2, 4-jarang2?
Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum : Jelaskan.
Belalang:1- Banyak-banyak" bmaksud minggu ptama byk orang dtg trawih. 2-sikit-sikit" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. 3-kadang-kadang" pd minggu ketiga kadang-kadang saja org akan dtg trawih, & 4-jarang-jarang" pd mggu kempat jarang-jarang jumpa org datang terawih.
Tuesday, August 23, 2011
Senario Surat Khabar di Malaysia
Situasi sebenar: Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.Keesokan harinya keluarlah tajuk berita yang pelbagai menceritakan peristiwa ini.Ada yang tajuknya jauh dari kebenaran.Contohnya:-
- Buletin Utama "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
- Harian Metro "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
- Utusan Malaysia "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
- Harakah "Kami tiada beca."
- Malaysiakini "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Marilah kita sama-sama renungkan petikan ayat al-Quran surah al-hujuraat ayat yang ke-6 .
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"
Sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, ”Berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan.”
Kalau di zaman Rasulullah sudah ada orang-rang Islam yang membawa berita palsu dan tidak betul, maka di zaman kita ini lebih-lebih lagi, terutamanya melalui media massa yang ada sekarang ini seperti tv dan akhbar. Ditambah pula dengan teknologi internet yang sedang berkembang maju, dunia hanya di hujung jari, berita-berita cepat tersebar tanpa mempedulikan sama ada betul atau tidak. Yang penting ialah sensasi berita itu. Kebenaran menjadi perkara kedua dalam pertimbangan. Sebahagian rakyat bagaikan mendapat kedai kopi kedua di mana mereka bincangkan isu-isu semasa sama ada politik, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain dalam internet.
Blog dan laman web sebagai media baru sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada masyarakat. Keburukannya ialah mereka tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Ini kerana hilangnya kemahiran yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui ayat di atas agar kita menyelidik berita yang disampaikan, lebih-lebih lagi di zaman kefasikan masa kini.
Thursday, August 18, 2011
Yang Penting Hati Selesa
Dari
(‘.’)
/].[\
_/\_
kepada
_(‘.’)_
/( )\
_!/ \!_
ataupun
dari
_(‘.’)_
/( )\
_!/ \!_
kepada
(‘.’)
/].[\
_/ \_
Soal saiz badan seringkali menjadi tanda tanya apabila berakhirnya ramadhan dan menjelang ramadhan.
Samada dari "berisi" kepada "keding" ataupon dari "keding" kepada "berisi"
Sebenarnya apa pandangan orang tidak penting. Apa yang penting adalah apa pandangan kita terhadap diri kita. Bukannya menidakkan pandagan orang lain tetapi pandagan mereka hanyalah sampingan, pandangan diri sendiri jauh lebih utama dan penting untuk diambil kira.
Apapon, janganlah jadikan untuk menjadi kurus sebagai syarat utama atau your major intention untuk berpuasa. Berpuasalah kerana ALLAH, mudahan beroleh keberkatan, tujuan yang selainnya adalah sampingan.